Mengenai PI1M

Maklumat PI1M Kuala Mengalong      

  

            Pusat Internet 1 Malaysia adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama Nusuara Technologies Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

              Objektif penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad . Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakan sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.


Perkhidmatan lain yang disediakan:

*Menaip

*Kelas Komputer/ICT (Percuma Untuk Ahli)

*Pra-Bayar Celcom

*Jualan Aksesori Komputer

*Alat Tulis & Kertas

*Sewa Bilik Mesyuarat 


Maklumat Komuniti Kuala Mengalong Sipitang


Kampung Kuala Mengalong merupakan salah sebuah perkampungan terpencil yang terletak di daerah Sipitang Sabah. Kampung Kuala Mengalong mempunyai banyak  perubahan sehingga hari ini yang meliputi dari segi arus pembangunan,pertanian mahupun pendidikan. Namun, di sebalik perubahan yang berlaku ini, terdapat sejarah awal yang merupakan pendorong kepada kewujudan Kampung Kuala Mengalong dan hal ini  seharusnya patut diketahui oleh masyarakat pada masa sekarang.

Sejarah awal mengenai asal usul perkampungan Kuala Mengalong bermula apabila diceritakan oleh orang tempatan bahawa pada tahun sekitar 1930- an terdapat beberapa orang nelayan yang berasal dari Negara Brunei telah datang untuk melakukan aktiviti  menangkap ikan dan udang. Menurut mereka, aktiviti menangkap ikan dan udang ini dipanggil sebagai “mengilung” oleh nelayan yang berasal dari Negara Brunei tersebut. Melalui aktiviti “mengilung” tersebut, semakin ramai nelayan dari Brunei datang ke Kuala Mengalong(nama kampung sekarang) untuk mencari rezeki. Hal ini secara tidak langsung telah memberi peluang kepada nelayan dari Brunei pada masa dahulu untuk mencari rezeki di perairan Kampung Kuala Mengalong. Malah, oleh kerana  faktor keselesaan dan keselamatan yang terjaga telah menyebabkan nelayan-nelayan daripada negara Brunei tersebut telah bermastautin secara tetap dan seterusnya telah menamakan kampung ini sebagai Kampung Kuala Mengalong bersempena dengan nama daripada aktiviti nelayan ketika itu iaitu ”mengilung”.

Perkembangan sejarah awal penubuhan Kampung Kuala Mengalong telah menyumbang kepada banyak  perubahan pada masa sekarang. Kini, Kampung Kuala Mengalong merupakan sebuah perkampungan kecil dengan mempunyai bilangan penduduk seramai 412 orang. Aktiviti “mengilung” suatu ketika dahulu masih dilakukan oleh penduduk tempatan dan ini merupakan tradisi daripada nenek moyang mereka. Kebanyakkan penduduk dewasa di kampung Kuala Mengalong merupakan nelayan dan melakukan aktiviti menangkap ikan atau hasil laut sebagai sumber pendapatan mereka yang utama. Selain daripada itu, sumber berasaskan pertanian seperti perladangan kelapa sawit, nenas dan tanaman lain juga turut menyumbang kepada sumber pendapatan ekonomi penduduk di kampung  Kuala Mengalong. Dengan adanya aktiviti menangkap hasil laut di kalangan penduduk kampung Kuala Mengalong, secara tidak langsung telah berupaya melahirkan usahawan di kalangan mereka. Golongan usahawan ini menjalankan aktiviti perniagaan makanan secara kecil-kecilan dan turut menjalankan perusahaan bot dan perahu. Selaras dengan perubahan yang berlaku, sekolah turut dibina di kawasan kampung Kuala Mengalong. Sektor pendidikan yang dibina ini telah mampu melahirkan generasi generasi muda yang mampu untuk berdaya saing dengan masyarakat luar. Masjid dan balai raya turut dibina untuk kemudahan penduduk kampung Kuala Mengalong yang majoritinya terdiri daripada penduduk beragama islam.

Kampung Kuala Mengalong seperti yang diketahui merupakan sebuah kampung terpencil dan ini menyebabkan segala keperluan dan keindahan yang ada di dalam kampung ini tidak banyak diketahui oleh masyarakat luar. Namun, dengan adanya pembangunan Projek SAMUR dan SOGIP berhampiran dengan kampung Kuala Mengalong telah berupaya untuk menjadikan kampung ini sebagai laluan dan penginapan penduduk dari luar dengan menyewa rumah yang terdapat di kampung Kuala Mengalong. Malah, melalui  projek pembangunan ini jugasecara tidak langsung  telah berupaya memberi peluang pekerjaan kepada penduduk disekitarnya

Lokasi untuk menuju ke kampung Kuala Mengalong sangat mudah untuk dijejaki. Terdapat dua jalan untuk sampai menuju ke kampung Kuala Mengalong iaitu laluan pertama adalah laluan singkat projek SAMUR dan SOGIP dan laluan kedua adalah melalui jalan Pekan Sindumin yang mengambil masa 15 hingga 20 minit untuk sampai ke Kuala Mengalong dari Pekan Sipitang. Bagi laluan singkat projek SAMUR adalah meliputi kampung Pantai Luagan, Kampung Long Kinangan seterusnya adalah Kuala Mengalong. Manakala laluan kedua adalah daripada Pekan Sindumin iaitu melalui Kampung Sindumin, Kampung Siputol dan Kampung Banting seterusnya adalah Kampung Kuala Mengalong. Secara ringkasnya, kampung Kuala Mengalong terletak di pertengahan kedua-dua buah laluan tersebut. Selain itu,Kampung Kuala Mengalong juga merupakan laluan air untuk menuju ke Labuan,Lawas Sarawak dan Brunei. Akhir sekali, Kampung Kuala Mengalong merupakan sebuah perkampungan yang seharusnya diberi perhatian oleh pihak kerajaan kerana terdapat pelbagai kecantikan alam sekitar dan kawasan perairan yang berupaya untuk dijadikan sebagai sebuah kampung untuk projek pelancongan pada masa akan datang.

 

 Maklumat PI1M & Komuniti Kuala Mengalong

Lokasi

Kampung Kuala Mengalong

UST Area

PI1M Kuala Mengalong

Daerah

Sipitang

Negeri

Sabah

Populasi

412 Orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Nelayan, Perniagaan sumber laut, Perladangan Sawit & Pertanian Nenas, Perniagaan Makanan Kecil-kecilan, Perusahaan Bot dan perahu

Jumlah Keahlian

(setakat 02 FEB 2017)

253 Orang

Lat/Long PI1M

5.010/ 115.467

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

25.10.2013

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

 

Name: Mohd Khairil Hizwan Bin Hassan

 

Email: m.khairil@celcom1cbc.com

 

No Telefon:0109503172

 

Penolong Pengurus

 

Nama: Ernazatul bt Mansor

 

Email: ernazatul@celcom1cbc.com

 

No Telefon:0146745477

 

 

Website

http://www.celcom1cbc.com/kuala-mengalong

Kampung Tanpa Wayar

 

Kampung Tanpa Wayar

 

1.     Kuala Mengalong Zone 2 (12M ktw Pole)

 

2.     Kuala Mengalong Zone 3 (12M ktw Pole)

 

3.   Kuala Mengalong Zone 4 (12M ktw Pole) Rumah     

Encik Ahmad Sambilan/Mantan Ketua Kampung Kuala Mengalong


Tempat-tempat Menarik

1. Sungai Mengalong

               Sungai Mengalong yang terletak sepanjang Sindumin Sipitang hingga menuju ke Kuala Mengalong merupakan syurga bagi kaki pancing khususnya pemburu Udang Galah kerana sungai ini masih kaya dengan spesis Udang Galah bersaiz besar. Udang Galah Sungai Mengalong juga dikatakan lebih memberikan cabaran kepada kaki pancing kerana ia agak ganas dimana berlaku pertarungan kepada si pemancing semasa menaikkannya ke permukaan air.

   Oleh yang demikian,  menurut para kaki pancing yang telah berpengalaman berkunjung ke Sungai Mengalong, percaya atau tidak, kaki pancing sejati boleh lupa kepada makan dan minum serta tidak hirau panas serta hujan gara-gara menikmati keseronokan memancing. Malah masa berlalu seolah-olah tidak terasa apabila pancing yang dipasang tidak henti-henti dihenjut dan disentap "mangsa". Paling seronok ialah apabila memancing bersama rakan dalam kedudukan yang tidak jauh antara satu sama lain. Persaingan yang dirasakan membuatkan setiap orang ingin mendahului dari segi jumlah tangkapan.

            Sungai Mengalong mempunyai tebing yang sangat panjang. Walaubagaimanapun, tidak semua tempat sepanjang sungai berkenaan sesuai untuk memancing Udang Galah. Hanya kaki pancing yang sudah biasa berkunjung ke tempat tersebut sahaja mengetahui akan lubuk sebenar Udang Galah di kawasan Sungai Mengalong.

              Bagi pemancing yang tidak menggunakan bot, hal ini tidak lagi menjadi masalah yang besar kerana perjalanan menuju ke lokasi memancing melalui daratan kini semakin mudah dengan wujudnya jalan berturap yang menghubungkan Pekan Sindumin hinggalah ke Kuala Mengalong. Diantara Lubuk atau Lokasi yang sering menjadi tumpuan kaki pancing ialah Lubuk Si Kapung, Lubuk Besar Patarikan, Kawasan Kebun Si Atong, Tebing sepanjang jalan kampung Siputol menuju ke Kampung Banting, Kawasan tebingan sungai Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Banting, kawasan kebun kelapa sawit sehingga menuju ke Kampung Kuala Mengalong.

  Selain itu, Lokasi memancing Udang Galah di Sungai Mengalong ini adalah terbuka dan tidak memerlukan bayaran masuk namun demikian jika anda tidak mempunyai bot persendirian, di Kampung Kuala Mengalong selain mempunyai penjualan bot,  terdapat  juga kemudahan menyewakan bot dan perahu untuk memancing sepanjang Sungai Mengalong sehingga ke menuju ke  sempadan lautan yang menghubungkan Labuan, Lawas Sarawak dan Brunei.

 Oleh itu, untuk membuat sebarang tempahan, sewaan dan  pembelian bot boleh menghubungi Hedler Jaapar di talian 0145623265 dan alamat Facebook beliau Mohd Helder bin Japar. Manakala untuk sebarang pertanyaan berkaitan lokasi pemancingan udang galah boleh menghubungi JKKK Kuala Mengalong 0168497975 atau Mantan Ketua kampung yang di talian 0109470777.


2. Perusahaan Bot dan Perahu


            Aktiviti pembikinan Bot dan Perahu merupakan salah satu tarikan pengunjung ke Kampung Kuala Mengalong Sipitang. Dalam hal ini, perusahaan yang dijalankan secara turun temurun oleh keluarga Encik Jaapar kini diteruskan oleh anak beliau iaitu Hedler Bin Jaapar yang baru berusia 18 tahun juga merupakan satu-satunya perusahaan yang wujud di kawasan daerah Sindumin Sipitang Sabah.

          Menurut Hedler, beliau tidak mempunyai sebarang sijil kemahiran dalam membuat bot dan perahu namun ianya hanya kemahiran yang diwarisi oleh bapa beliau. Pada mulanya, mereka hanya membuat tempahan pembikinan bot dan dijualkan kepada penduduk kampung. Namun semakin lama permintaan pembuatan bot juga semakin tinggi malah turut dikenali oleh penduduk sekitar sehingga ke kawasan bandar.

             Hal ini juga semakin mudah apabila wujudnya Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) dan Kampung Tanpa Wayar (KTW) dimana terdapat kemudahan internet untuk membuat sebarang promosi perkhidmatan beliau di laman sosial. Pada mulanya sebelum mempunyai kemudahan Internet beliau hanya mendapat purata pendapatan sebanyak 300 sebulan namun dengan bantuan pihak PI1M yang membantu beliau membuat sebarang bentuk promosi atas talian di samping cara-cara membuat sebarang jualan dan tempahan secara maya menjadikan pendapatan beliau semakin bertambah diantara RM900 hingga RM1000 lebih sebulan penjualan bot. Selain itu, kadar sewaan bot dan perahu yang dikenakan dalam sekitar RM50 hingga RM100 setiap bot mengikut jenis bot dan  menggunakan minyak bot sendiri. Oleh itu, sebarang pertanyaan berkenaan tempahan, pembelian, dan sewaan boleh menghubungi nombor 0145623265  di  alamat Kampung Kuala Mengalong atau di Facebook beliau Mohd Hedler bin Japar.


3. Kerang Tagal

            Lokasi kawasan Kerang dan Remis yang terletak di Seberang Sungai Mengalong Hujung, Kampung Kuala Mengalong Sipitang Sabah merupakan kawasan yang di Tagal oleh penduduk kampung dan dilarang untuk membuat sebarang penangkapan Kerang. Walaupun sistem tagal tersebut belum secara rasminya dijalankan kerana menurut penduduk kampung kawasan tersebut akan dibangunkan sebagai lokasi pelancongan disebabkan kawasan tersebut selain mempunyai Kerang, Remis dan Siput , terdapat juga kawasan paya bakau yang menjadi habitat  Proboscis Monkey iaitu monyet belanda yang turut digelar  Bangkatan oleh penduduk tempatan.

          Menurut Encik Ahmad yang merupakan Mantan Ketua Kampung Kuala Mengalong kawasan tersebut juga dicadangkan akan dibangunkan kerjasama oleh penduduk kampung dan kerjasama pihak pelabur daripada Brunei. Selain kawasan Kerang Tagal, Habitat Probiscis Monkey dan Kelip-kelip pada waktu malam kawasan tersebut juga bakal dibangunkan chalet, jetty dan restoran. Namun demikian, perancangan dan kerjasama daripada pelbagai pihak juga perlu dalam menjayakan pembangunan di Kuala Mengalong tersebut.

           Walaupun, lokasi tagal tersebut belum diisytiharkan secara rasminya namun penduduk Kuala Mengalong dan sekitarnya amat menghormati dan tidak menggangu sumber kerang tersebut untuk dicerobohi atau dijualbeli malah para pengunjung juga sering diingatkan agar tidak menggangu sumber semulajadi dan ekosistem yang terdapat di kawasan tersebut. Oleh itu, untuk berkunjung atau membuat lawatan dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Encik Ahmad Sambilan di talian 0109470777.


4. SAMUR and SOGIP Project

Samur  and  SOGIP  is located in the coastal Kuala Mengalong Sipitang Sabah and not far from Kuala Mengalong Village.

The SAMUR or Project or Sabah Ammonia Urea project consists of a urea plant, a granulation plant and an ammonia plant, as well as utilities and jetty facilities. The urea plant will produce 1.2 million metric tons per annum (mtpa) of granulated urea, while the ammonia plant will produce 740,000 mtpa of liquid ammonia.  This will potentially position PCG as the second largest urea producer in South East Asia, as the new plant would almost double its current production capacity. Currently, PCG operates two urea plants -- a 750,000 mtpa urea plant in Bintulu, Sarawak and a 683,000 mtpa urea plant in Gurun, Kedah.

While SOGIP or Sipitang Oil and Gas Development Corporation  is an integrated industrial area designated for oil & gas related industry and Heavy industry. This industrial park will provide several impacts and benefits to the state of Sabah as the following:Reduce economic imbalances between Peninsular and Sabah through direct investment (domestic and foreign) and job creation.

          Economic spillover to neighbouring districts such as Beaufort, Tenom and Keningau. Support state key result area; especially in four areas – regional economic imbalances, creating high value added activities, creation of conducive investment climate in Sabah and pool of creative and innovative human capital.

        Realization of Sabah industrial action plan through downstream development based on clustering concept.Creation of better and secured employment for the people of Sabah in the oil and gas sectors. Strengthen economic development through synergy with refinery and petrochemical projects in PulauMuaraBesar, Brunei. Reduce Sabah imports of fertiliser since natural gas can be converted into fertiliser through petrochemical process.


SOGIP is to be developed as an integrated industrial area designated for oil and gas industry. Below are the key strengths for SOGIP being an integrated industrial park:

•           Natural gas is available at the door step

•           Sabah state and PETRONAS forms strong partnership in the development

•           Availability of sufficient development land : 4,065 acres

•           Strategic location: nearby to shipping lane – close proximity to Labuan ,Brunei

•           Sheltered bay: sufficient water depth (16 m – 25m) to cater for SPM for VLCC’s and availability of vessel  anchorage

•           Customize tax incentives for SOGIP tenants

•           Minimalsocioeconomic impact: relatively unpopulated- minimal population relocation

•           Gas city gate within the industrial park tap from the Sabah Sarawak Gas Pipeline

•           Proximity to trunk road that connects Sarawak and Brunei to Sabah

•           PETRONAS has chosen SOGIP as a place for their fertilisers hub thus provide opportunities for investor to create downstream industries to produce a variety of fertilizer product.

•           Agriculture is a major industry in Sabah thus there is a demand for fertiliser locally.

Contact Details

Website: http://www.petronas.com.my/our-business/downstream/OKP/Pages/SAMUR.aspx

Tel : 603 2051 5000 / 2026 5000

Telefax : 603 2026 5050 / 5055