Ekonomi dan Keusahawanan

Kampung Kuala Mengalong merupakan sebuah perkampungan nelayan dimana ekonomi asas penduduk setempat ialah perikanan. Kebanyakkan penduduk sekitar kampung ini melakukan aktiviti menangkap ikan. Namun, terdapat beberapa penduduk yang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan selain aktiviti penangkapan ikan. Ada diantara penduduk ini telah dijadikan sebagai usahawan PI1M sebagai pendorong untuk usahawan-usahawan ini semakin bersemangat selain membantu usahawan ini untuk memperluaskan lagi perniagaan mereka ke peringkat yang lebih jauh lagi. Antara perniagaan tersebut seperti Pengusaha Makanana Tradisional, Nelayan dan Perusahaan Sewa dan Beli Bot atau Perahu.

Pengusaha Makanan Tradisional

Pengusaha Makanan Tradisional merupakan perniagaan yang banyak diceburi oleh penduduk kg Kuala Mengalong. Perniagaan ini merupakan salah satu sumber pendapatan bagi mereka dan kebanyakkan pengusaha makanan tradisional ini diusahakan oleh golongan wanita. Perniagaan mereka pada kebiasaannya akan bermula seawal pagi setiap hari. Antara makanan tradisional yang dijual seperti kuih bahulu,kuih jala,kuih muih dan sebagainya. Malah,mereka juga turut membuat makanan seperti kek dan makanan moden lain untuk memenuhi tempahan pelanggan.


Nelayan

Nelayan juga merupakan salah satu pekerjaan yang utama dikalangan penduduk Kg Kuala Mengalong. Lokasi Kg Kuala Mengalong yang berhampiran dengan sungai dan laut memudahkan kegiatan menangkap hasil laut dapat dilakukan dan seterusnya menjadikannya sebagai sumber pendapatan mereka. 


Perusahaan Sewa dan Beli Bot/Perahu           

Lokasi Kg Kuala Mengalong yang berdekatan dengan sungai dan laut sememangnya menjadi tumpuan pelancong luar dan dalam negeri. Oleh disebabkan itulah, terdapat penduduk kampung menjalankan perusahaan sewa dan beli bot untuk pelancong sekiranya ingin menikmati pemandangan alam flora dan fauna di sepanjang sungai Kuala Mengalong. Malah, perusahaan sewa bot atau perahu bukan sahaja untuk menikmati pemandangan sungai Kuala Mengalong tetapi turut boleh disewa untuk menjalankan kegiatan memancing dan menangkap hasil laut.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.