Kemudahan Awam

1. BALAI RAYA KG KUALA MENGALONG

Antara kemudahan awam yang terdapat di Kg Kuala Mengalong adalah Balai Raya. Balai Raya ini berfungsi sebagai tempat dalam membantu melaksanakan sebarang program ataupun aktiviti kemasyarakatan di Kg Kuala Mengalong. Bagi komuniti kg Kuala Mengalong, kemudahan awam seperti balai raya inilah merupakan medan perjumpaan dan mesyuarat berkaitan urusan hal ehwal kampung mahupun urusan penting yang lain. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh komuniti Kg Kuala Mengalong di balai raya tersebut.

Penubuhan Balai Raya di kg Kuala Mengalong telah banyak membantu urusan komuniti di kampung ini. Malah kemudahan awam seperti balai raya ini juga telah mampu mengeratkan hubungan silaturahim di antara komuniti kg Kuala Mengalong.


2. BALAI POLIS SINDUMIN


Balai Polis Sindumin merupakan kemudahan awam yang turut ada berhampiran dengan kg Kuala Mengalong. Balai Polis Sindumin ini terletak di pekan Sindumin dan dianggarkan jarak di antara Balai Polis Sindumin dengan Kg Kuala Mengalong cuma 1.5 km sahaja. Fungsi Balai Polis ini seperti yang kita ketahui adalah untuk menjaga keselamatan dan keamanan. Jarak yang berhampiran dan dekat dengan Kg Kuala Mengalong telah memudahkan komuniti di kampung ini untuk meminta pertolongan ataupun membuat sebarang aduan mengenai keselamatan dan keamanan kampung.

Malah, PI1M Kuala Mengalong juga telah menjalinkan kerjasama dengan pihak polis untuk meminta membuat rondaan dan memantau sekitar kampung Kuala Mengalong untuk memastikan komuniti dan kampung berada dalam keadaan selamat dan tenteram. 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.