Komuniti

1. OPEN DAY PI1M KUALA MENGALONG

Pada 5hb April 2014, Sabtu, Pusat Internet 1Malaysia Kuala Mengalong telah mengadakan program Hari Terbuka dan Perasmian Pusat Internet 1Malaysia yang dihadiri oleh kira-kira 200 orang jemputan daripada penduduk kampung Kuala Mengalong dan sekitar daerah Sipitang secara amnya. Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen P178 Sipitang, Yang Berhormat Datuk Sapawi Hj Ahmad.

Program tersebut secara keseluruhannya berobjektif untuk memberi pendedahan terhadap penggunaan internet di samping memberi pengetahuan terhadap kepentingan ICT dalam kehidupan seharian dan bertujuan untuk mengeratkan hubungan sillaturahim antara masyarakat setempat dengan PI1M mahupun SKMM.

 Acara tersebut dimulakan dengan pendaftaran peserta seterusnya pertandingan ICT oleh kanak-kanak yang terdiri daripada penduduk kampung Kuala Mengalong dan sekitarnya. Dalam hal ini, melalui slot pertandingan ICT ini mampu menilai tahap kecekapan golongan kanak-kanak khususnya dalam penggunaan ICT di samping dapat mencungkil bakat terpendam kanak-kanak di dalam penggunaan teknologi moden.

Seterusnya, majlis penyerahan watikah perlantikan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M Kuala Mengalong yang turut disampaikan oleh perasmi program tersebut merangkap Ahli Parlimen Sipitang.

Acara diakhiri dengan program menandatangani plaque dan melawat ruang dalam PI1M iaitu Training room dan Surfing Area sebagai simbolik perasmian PI1M Kuala Mengalong iaitu satu-satunya Pusat Internet 1Malaysia yang wujud di daerah Sipitang dan yang ketiga selepas PI1M Lawa Kebajang dan PI1M Lubok Weston iaiatu merupakan kawasan Parlimen YB Datuk Sapawi Hj Ahmad.


2. PROGRAM SUKANEKA KRT KUALA MENGALONG

Program Sukaneka KRT Kuala Mengalong merupakan salah satu program yang wajib diadakan setiap tahun di Kg Kuala Mengalong. Objektif program ini diadakan adalah untuk lebih mendedahkan komuniti Kuala Mengalong supaya lebih giat bersukan dan menjaga kesihatan diri disamping mengeratkan hubungan silaturahim.

Pelbagai aktiviti dipertandingan sempena Program Sukaneka KRT  Kuala Mengalong . Antaranya ialah pertandingan menyanyi, pertandingan mengupas pinang, pertandingan merambat, pertandingan mengaji/azan, tiket bertuah dan banyak lagi. Maka tidak hairanlah program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti kg Kuala Mengalong sendiri.

Kegembiraan dan kemeriahan program ini diserikan lagi dengan tawaran hadiah yang menarikm untuk komuniti. Malah , pihak PI1M Kuala Mengalong juga turut serta dalam menyumbangkan hadiah dan mengikuti aktiviti yang dijalankan. Program seperti ini seharuslah dikekalkan supaya kerukunan dan kesejahteraan komuniti dapat diwujudkan dalam keadaan aman dan makmur.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.