Pendidikan

SK KUALA MENGALONG


SK Kuala Mengalong merupakan  pusat pendidikan yang terdapat di Kg Kuala Mengalong. SK Kuala Mengalong menjalankan operasi pembelajaran dalam satu bidang sahaja iaitu pada waktu pagi disebabkan kekurangan pelajar yang dianggarkan tidak lebih 50 orang pelajar. Walaupun kekurangan pelajar, warga pendidik tetap menjalankan tugas masing-masing untuk memastikan pelajar yang terdiri daripada anak-anak komuniti kg Kuala Mengalong supaya dapat ilmu yang sewajarnya serta mampu berdaya saing dengan masyarakat bandar. Pelajar Sk Kuala Mengalong terdiri daripada kalangan pelajar tahun 1 sehingga tahun 6. 

Selain daripada itu, terdapat juga Tadika Kuala Mengalong yang berfungsi untuk mengajar pelajar yang berumur dibawah 6 tahun. Jumlah pelajar di tadika ini juga mengalami kekurangan pelajar dan diangarkan tidak melebihi 15 orang pelajar. Namun semangat pendidik dan komuniti yang mahukan ilmu dan pengajaran diberikan kepada anak-anak mereka telah mendorong Tadika dan Sk Kuala Mengalong  berfungsi dan beroperasi seperti sekolah rendah yang lain.
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.