Bengkel Gubahan Jambangan Bunga Dan Coklat

10 September 2017 |

       Pada 07 September 2017, Pi1M Pekan Kuala Penyu bersama dengan Pi1M Kg Bundu dan Pi1M Pekan Menumbok telah mengadakan bengkel gubahan jambangan bunga dan coklat. Pada jam 8.30 pagi semua peserta yang terlibat dalam bengkel memulakan program dengan bersarapan pagi. Bengkel bermula pada jam 9.00 pagi dimana semua peserta yang hadir mengambil tempat masing-masing.

       Pi1M menjemput Pn. Appy Rajab untuk berkongsi pengalaman beliau semasa mengikuti kursus yang dijalankan d Kolej Komuniti Beaufort anjuran Wanita. Puan Appy Rajab ialah ahli pi1M yang sangat aktif mengikuti semua aktiviti yang diadakan di Pi1M oleh itu kami menjemput beliau sebagai tenaga pengajar dalam bengkel ini.

       Puan Appy Rajab memberikan  peserta yang hadir riben yang suda dipotong mengikut bahagian yang ditetapkan untuk digubah menjadi bunga. Setiap peserta menghasilkan 2 riben bunga masing-masing. Seterusnya,riben bunga yang sudah siap tadi dicantum supaya menjadi riben bunga yang lebih besar dan cantik. Semua peserta dibahagikan coklat masing-masing untuk dilekatkan pada kayu satay. Teknik ini adalah supaya coklat senang untuk dicucuk dan digubah didalam jambangan bunga itu nanti. Setelah selesai melekatkan coklat ke kayu satay. Puan Appy memberikan peserta pembalut yang sangat cantik didalam dia terdapat 2jenis pembalut kertas yang berbeza untuk menghasilkan jambangan yang cantik. Semua peserta masing-masing meminta tunjuk ajar dari Puan Appy untuk membalut coklat dan bunga tadi. Selepas selesai membalut jambangan dengan hasil masing-masing. Puan Appy memberikan sedikit perkongsian mengenai cara pengiraan bahan-bahan  dan cara menentukan harga setiap jambangan.

    Dengan adanya program ini, komuniti dapat memulakan suatu perniagaan yang baru dan sangat menarik disamping itu dan dapat menghasilkan komuniti yang kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang baru. Semoga selepas mempelajari bengkel gubahan jambangan bunga dan coklat peserta dapat terus menghasilkan gubahan mereka sendiri samada untuk memulakan perniagaan atau untuk menjimatkan kos sendiri untuk diberikan pada hari jadi dan lain-lain sambutan.