Bengkel Gubahan Siri 2: Bunga Sisip VIP

14 September 2017 |

          Pada 12 September 2017, Pi1M Pekan Kuala Penyu bersama dengan wakil daripada Pi1M Kg Bundu, dan Pi1M Pekan Menumbok telah mengadakan bengkel gubahan siri kedua iaitu membuat bunga sisip. Bengkel ini telah diadahkan di Pi1M Pekan Kuala Penyu dan telah bermula pada pukul 1 petang dan selesai pada pukul 4.30 petang.

          Pada program kali ini, kami telah memilih seorang tenaga pengajar dimana beliau sebelum ini telah pernah mengikuti kursus-kursus membuat bunga sisip iaitu puan Rawiah Rajab. Puan Rawiah juga merupakan usahawan tempatan PI1M didalam bidang jahitan. Kini beliau telah mencuba pernigaan baru untuk menambah pendapatan kerana permintaan bunga sisip yang agak tinggi di sekitar Kuala Penyu ini jika sesuatu majlis atau upacara diadakan di daerah ini.

          Aktiviti ini dimulakan dengan pengenalan kepada bahan-bahan yang diperlukan pada program ini. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah beberapa kuntum bunga pelbagai jenis, daun plastik, jarum peniti, dawai halus serta selotep. Setelah itu, puan Rawiah membuat beberapa toturial bagaimana untuk membuat bunga sisip. Berbagai-bagai jenis serta bentuk bunga sisip yang dihasilkan dan ianya sangat menarik hati para peserta. Setelah itu, kami diberi peluang untuk mencuba pula dan puan Rawiah juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan memberi tunjuk ajar kepada para peserta sehingga berjaya.

          Dengan adanya aktiviti seumpama begini kami berharap ianya dapat memupuk minat para peserta untuk menghasilkan gubahan-gubahan bunga dimana bagi daerah Kuala Penyu ini, hasil tangan seperti ini masih belum diceburi oleh masyarakat. Dengan itu, ini akan membuka ruang serta peluang kepada mana-mana usahawan untuk mencari pendapatan dengan modal yang rendah. Kami mengucapkan terima kasih kepada puan Rawiah kerana beliau sudi memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengetahuan kepada para peserta bengkel ini. Kami berharap agar lebih ramai usahawan-usahawan tempatan di daerah Kuala Penyu ini kelak.