Program Jom Sihat 2016

22 November 2016 |

           Pada 19hb November 2016 bersamaan dengan hari sabtu, satu program gabungan diantara Pi1M Pekan Kuala Penyu, Pi1M Kg Bundu, Pi1M Pekan Menumbok dan Pi1M Kg Tenambak telah bersama-sama menganjurkan aktiviti Jom Sihat Bersama Pi1M yang telah dijalankan di Balai Raya Kg Bundu Kuala Penyu. Seramai 46 orang pengunjung telah datang untuk memeriahkan suasana yang terdiri daripada komuniti sekitar daerah Kuala Penyu dan juga Menumbok.

          Antara pengisian program Jom Sihat ini adalah acara utama iaitu senamrobik yang telah diketuai oleh kumpulan daripada Menumbok iaitu kumpulan Darling Dancer. Acara ini telah dijalankan selama sejam bermula seawal 7.30am lagi. Semua golongan masyarakat termasuklah kanak-kanak turut serta bersenam diiringi lagu-lagu erobik yang memberi semangat kepada setiap peserta. Senamerobik ini diadakan bertujuan untuk memupuk sikap masyarakat untuk mementingkan gaya hidup sihat melalui bersenam didalam kehidupan harian mereka disamping itu juga untuk meluangkan masa bersama keluarga serta rakan-rakan di hujung minggu ataupun masa bercuti. Selain itu, dengan bersenam juga, kita boleh mengurangkan rasa tekanan dan mencergaskan otak daripada beban serta masalah yang dihadapi.

          Selesai sahaja acara senamerobik, taklimat keselamatan internet diadakan untuk memberi kesedaran kepada semua peserta mengenai langkah berjaga-jaga di dalam melayari internet serta mengambil tahu kebaikan serta keburukan yang diperoleh oleh peserta. Setelah memberi taklimat ringkas KDB, kami mengambil kesempatan untuk bergambar bersama-sama dan para pengunjung yang datang dihidangkan dengan jamuan ringan untuk menghilangkan penat setelah bersenam. Kami juga mengambil kesempatan untuk beramah mesra bersama pengunjung yang datang.

         Harapan kami melalui program ini, para komuniti dapat mengamalkan cara hidup yang lebih sihat dan menjadikan senaman sebagai rutin harian untuk kecergasan tanpa mengira peringkat umur. Ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada JKKK Kampung dan juga guru-guru sekolah yang terlibat secara tidak langsung dalam program ini. Kerjasama, dan sokongan padu ini, menguatkan lagi semangat kami untuk menjalankan program-program seumpama ini pada masa akan datang.