Kisah Kejayaan - Profil Puan Mui Lan Singgiok (Produk HOMESTAY)

14 December 2016 | Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan

Pusat Internet 1 Malaysia, Pekan Kuala Penyu

             

Puan Mui Lan Singgiok (berbaju Merah Jambu)

Puan Mui Lan Singgiok merupakan ahli Pusat Internet 1 Malaysia, Pekan Kuala Penyu. Beliau menetap di Kg Kayul, Kuala Penyu, Sabah. Beliau merupakan seorang Usahawan Homestay Borneo. Kisah Kejayaan beliau telah menggunakan Internet sebagai platform baharu untuk meluaskan lagi peniagaan beliau. Aplikasi yang digunakan beliau ialah Facebook, Whatapps, dan E-mail.

Pada mulanya,beliau tidak mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai Homestay Program, namum beliau mengenali program ini melalui laman sosial serta melalui hebahan aplikasi Whatapps. Tambahan dengan penyertaan sebagai ahli di Pi1M pekan Kuala Penyu, kini beliau telah mendapat inspirasi baru untuk belajar menjadi usahawan Homestay sebagai salah satu pendapatan tambahan. 

"Dengan adanya internet, saya dapat meluaskan lagi promosi Homestay saya, Pn. Muilan (2016)"

Kini beliau boleh meluaskan lagi promosi beliau sehingga ke seluruh Sabah jika mempunyai permintaan. Beliau juga boleh berhubung secara terus ke pengguna dengan menggunakan nombor whatsapp. Beliau juga mencadangkan agar pusat internet boleh digunakan untuk meningkatkan lagi pasaran produk Homestay beliau. 

 

"Gambar Pameran Homestay di Negeri Melaka"