Kisah Kejayaan - Profile Dr Frankswell Simon (Usahawan Simkad)

22 December 2016 | Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan

Pusat Internet 1 Malaysia, Pekan Kuala Penyu

             

Dr Frankswell Simon

Doktor Frankswell Simon merupakan ahli Pusat Internet 1 Malaysia, Pekan Kuala Penyu. Beliau menetap di Kg Bundu, Kuala Penyu, Sabah (kini di Kota Kinabalu). Beliau juga bekerja sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan. Sebelum menjadi doktor, beliau merupakan seorang Usahawan Simkad Tone Excel. Kisah Kejayaan beliau telah menggunakan Internet sebagai platform baharu untuk meluaskan lagi peniagaan beliau. Aplikasi yang kerap digunakan oleh beliau ialah Facebook, Whatapps, dan E-mail.

 

 

Pada mulanya,beliau tidak mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai penggunaan simkad sebagai peniagaan, namum beliau mengenali dan mendalami program ini melalui laman sosial serta bantuan rakan-rakan lain yang juga merupakan usahawan-usahawan yang berjaya. Dengan penyertaan sebagai ahli di Pi1M pekan Kuala Penyu, kini beliau telah mendapat inspirasi baru untuk belajar menjadi usahawan sebagai salah satu pendapatan tambahan bulanan beliau. 

"Dengan adanya internet, saya dapat memperluaskan lagi promosi simkad saya, Dr Frankswell (2016)"

Kini beliau boleh meluaskan lagi promosi beliau sehingga ke seluruh Malaysia jika mempunyai banyak permintaan. Beliau juga boleh berhubung secara terus ke pengguna dengan menggunakan facebook dan juga melalui aplikasi whatsapp. Beliau juga mencadangkan agar pusat internet digunakan untuk tujuan peningkatan diri dan untuk mengembangkan lagi pernigaan.

 

"Gambar promosi beliau di Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Kuala Penyu"