Mini Perayaan Krismas 2016 dan Tahun baru 2017

28 December 2016 |

Mini Perayaan Krismas 2016 dan Tahun baru 2017

Pi1M Pekan Kuala Penyu sekali lagi menganjurkan program acara tahunan iaitu Mini Perayaan Krismas 2016 dan Tahun baru 2017 telah diadakan pada 27 Dec 2016 yang bermula pada jam 10.00 am. Pelbagai aktiviti yang menarik telah berlangsung iaitu Karoling, pembelajaran ICT, Kuiz dan pendaftaran keahlian. Karoling Krismas bagi Lagu-lagu natal telah disampaikan oleh kumpulan belia Gereja Katolik St Joseph Kabunau/Menumpang. Selesai sahaja karoling, belia didedahkan tentang Klik Dengan Bijak dan Advocacy. Selain itu, kuiz tentang pengetahuan siber juga berlangsung. Program tersebut tamat pada 4.30pm.