Mengenai PI1M



Maklumat PI1M
Pekan Kuala Penyu



Mengenai Pi1M

 

Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Celcom Axiata Berhad serta kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

                                                                             
Objektif Pi1M

 

Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pi1M juga dilaksanakan sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitarnya.

 

Perkhidmatan Yang Disediakan

 

ü  Menaip (Ms Office)

ü  Menggunakan Komputer Dan Internet

ü  Kelas Komputer / Ict (Percuma Untuk Ahli)

ü  Kelas Keusahawanan

ü  Pusat Peminjaman Netbook 1Malaysia (Ahli Sahaja)

ü  Baik Pulih Dan Selenggara Komputer (Software)   

ü  Sewa Bilik ICT

ü  Fotostat, Scan, Print Dan Laminate

 

Waktu Beroperasi

ü  Dibuka pada Setiap hari (Kecuali pada hari Cuti Am)

ü  8.00 pagi - 5.00 petang (Tutup rehat – Jam 12.00tgh hingga 1.00 petang)

ü  *Hari Minggu – 9.00 pagi hingga 5.00 petang


 

Maklumat PI1M & Komuniti Pekan Kuala Penyu

 

Asal Usul Kuala Penyu yang mana nama dahulunya adalah dikenali sebagai ‘Setompok’. Nama Setompok telah mendapat nama apabila sebiji batu arca yang berbentuk seekor mamalia yang menyerupai seekor penyu telah dijumpai dan dipercayai masih terbenam di kuala sungai Sitompok yang membawa nama asal sebutan ‘Setompok’ telah melahirkan nama daerah dan akhirnya ditukar kepada Kuala Penyu selaras dengan lagenda batu penyu tersebut.

Daerah ini dapat dikunjungi melalui jalan raya mahupun menaiki Bot melalui jalan laut. Hanya 145 kilometer daripada Kota kinabalu ke daerah ini perjalanan melalui jalan Beaufort dan jika perjalanan melalui Membakut/Pimping pula jaraknya kini cuma 106 kilometer. Sebelum wujudnya jambatan Kuala Penyu, perkhidmatan feri telah digunakan untuk menyeberang sungai yang menghubungkan Pekan Kuala Penyu dan laluan utama ke Kota Kinabalu serta kawasan kampong yang lain.

Pusat pentadbiran daerah Kuala Penyu telah diwujudkan pada 30 Januari 1952 dengan ditadbir oleh seorang Penolong Pegawai Daerah di bawah kelolaan Pentadbiran Pejabat Residen Keningau ketika itu. Semasa zaman pemerintahan British, sebelum dan selepas Perang Dunia kedua, pusat pentadbiran daerah ini berpusat di Mempakul.

 



Lokasi

Kuala Penyu

UST Area

Kuala Penyu

Daerah

Kuala Penyu

Negeri

Sabah

Populasi

815

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Getah dan sawit), Perikanan, Perniagaan & Perindusrian Kecil-kecilan.

Jumlah Keahlian 

(setakat 14 FEB 2017)

411 Orang

Lat/Long PI1M

6.227 , 116.450

Teknologi 

Clawback 2012

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi 

8 April 2013

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

        Name:  Jasinta Anne Titin

         Email:  jasinta@celcom1cbc.com

No Telefon:  016-8180755

 

Penolong Pengurus

        Nama: Angie Lolli

         Email: angie@celcom1cbc.com

No Telefon: 010-2548262

Website

Komuniti Pintar Website

https://www.facebook.com/pi1mkp

https://www.facebook.com/Komuniti-Pintar-Kuala-Penyu-1110339792359060/

Kampung Tanpa Wayar

1.     Roof Top: (A8 Tower) – Pejabat Daerah Kuala Penyu

2.     Roof Top: (A8 Tower) – Pi1M Pekan Kuala Penyu

3.     Telco Tower: (Telco tower) -  Kg.Kabunau

Jadual 1: Maklumat Pi1M Pekan Kuala Penyu