Ekonomi dan Keusahawanan

SOSIO-EKONOMI DAERAH KUALA PENYU

       Kuala Penyu adalah sebuah pekan kecil dimana hanya terdapat beberapa sumber ekonomi yang dijalankan. Antaranya ialah pertanian, penternakan, perikanan dan sedikit sektor perniagaan dan perindustrian kecil yang merupakan nadi kehidupan sosio-ekonomi penduduknya dalam meniti liku-liku arus pembangunan. Dalam kedudukan itu sejumlah 75% daripada penduduk daerah ini terbabit secara langsung kepada kehidupan bertani dan menjadi nelayan. 

         Industri pelancongan memainkan peranan penting di dalam menarik ramai pelancong tempatan mahupun dari luar negeri berkunjung ke daerah ini. Selain daripada Taman Negara Pulau Tiga, Taman Peranginan Sawangan dan Pulau Ular yang telahpun diketahui umum, terdapat juga tempat yang mempunyai daya tarikan tersendiri dan berpotensi dijadikan Taman Peranginan seperti Pantai Berbatu (Rocky Beach) di kampung Kiambor, Pantai Batu Luang dan Pantai Tempurung.



Usahawan Pi1M Pekan Kuala Penyu

 

Nama:  AGANG @ SAPLI BINTI HUNGKIN

Alamat: Kg Batu Luang, Kuala Penyu Sabah

No. Telefon: 0195395347

Produk Hasilan: Sagu Mentah



Nama: MUI LAN SINGGIOK

Alamat: Kg Kayul, Kuala Penyu, Sabah

No Telefon: 0138069977

Produk Hasilan/Niaga: Homestay

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.