Komuniti

KOMUNITI DAERAH KUALA PENYU

        Pelbagai suku kaum yang terdapat di Kuala Penyu, namun keadaan yang aman dan suasana harmoni terjalin sejak daluhu hinggalah kini. Majoritinya adalah suku kaum Dusun Tatana. Tatana mendiami dari bahagian pantai Sawangan hingga ke pinggir pekan Kuala penyu dan dari pinggir pekan hinggalah kawasan berhampiran daerah kecil Menumbuk. Antaranya kampung yang didiami kaun dusun tatana adalah kampung Purun,Kiaru, Sawangan,Manumpang,Janang,Kiambur,Puru,Bundu,Basusung,Batu Luang,Kayul,Gorowot, Malampai,Kelampun,Papas,Rancangan,Tambailik,Batu Linting,Siaun dan ada lagi Kampung-kampung yang tidak tertulis . Secara kasarnya Dusun Tatana adalah kaum yang dominan di Kuala Penyu. Namun Kuala penyu juga dikongsi bersama oleh suku kaum yang lain seperti kaum Bisaya,Brunei,Kedayan,Bajau,Tidung,Binadan dan Cina.

 

       Suku kaum Bisaya terdapat di kawasan kampung Kerukan,Mansud,Sinapukan dan Kekapur. Mereka ini beragama islam dan yang uniknya bahasa bisaya mempunyai persamaan lebih 50% dengan bahasa dusun tatana. Komunikasi lisan boleh berjalan jika seorang menggunakan bahasa dusun tatana dan seorang lagi bahasa bisaya dan bahasa bisaya ini sama dengan bahasa bisaya di Beaufort. Suku Brunei pula terdapat di kawasan hampir pekan seperti kampung Sg. Labuan,Manggis dan Kemansian. Suku Kedayan pula hanya terdapat dikampung yang berhampiran dengan Menumbuk seperti di kampung Tg Aru. Walaupun kurang diketahui bagaimana suku Bajau boleh terdapat di Kuala Penyu namun mereka telah berada di Kuala Penyu sejak sekian lama.Kampung Tempurung adalah kampung yang majoritinya kaum Bajau. Bahasa mereka mempunyai persamaan dengan Bajau di Kota Belud. Suku Tidung juga dikenali dengan sebutan Papar dan orang bukit. Mereka juga mempunyai bahasa yang boleh difahami jika kita mahir bertutur tatana dan bisaya kerana terdapat sedikit persamaan. Suku Tidung mendiami kampung Tinambak dan sekitarnya Binadan pula dipercayai berasal dari Selatan Filipina kerana mereka sebenarnya suku Ubian sama seperti di Semporna,Tawau dan Filipina. Mereka tinggal di pesisir pantai Tg Aru berhampiran Menumbuk. Kaum Cina pula seperti di tempat lain tidak dapat dipisahkan dari aktiviti perniagaan jadi mereka tinggal di Pekan dan sekitar pekan Kuala Penyu, mereka datang ke Kuala Penyu dari tanah besar China.

 

      Siapa pun mereka, dari mana pun mereka datang,apa pun pertuturan mereka,bagaimana pun budaya mereka, mereka lah yang menghiasi warna-warna Kuala Penyu yang indah permai. Semua suku kaum ini bersatu membentuk satu masyarakat yang menjadikan Kuala Penyu satu-satunya daerah yang menyimpan beribu keunikan dan akan menjadi igauan,rinduan dan kenangan bagi anak-anak Kuala Penyu yang mungkin jauh berkilometer jaraknya.



© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.