Maklumat Tempatan




Maklumat Komuniti Pekan Kuala Penyu

 

 

SEJARAH

 

Kuala Penyu yang mana dulunya dikenali sebagai ‘Setompok’ mendapat nama apabila sebiji batu yang berbentuk seekor mamalia menyerupai seekor penyu telah dijumpai dan dipercayai masih terbenam di kuala sungai Sitompok yang membawa nama asal sebutan ‘Setompok’ telah melahirkan nama daerah ini hinggalah pada hari ini.

 

LOKASI 

Daerah ini dapat dikunjungi melalui jalan raya mahupun menaiki Bot melalui jalan laut. Hanya 145 kilometer daripada Kota kinabalu ke daerah ini perjalanan melalui jalan Beaufort dan jika perjalanan melalui Membakut/Pimping pula jaraknya kini cuma 106 kilometer. Sebelum wujudnya jambatan Kuala Penyu, perkhidmatan feri telah digunakan untuk menyeberang sungai yang menghubungkan Pekan Kuala Penyu dan laluan utama ke Kota Kinabalu serta kawasan kampung yang lain.

 

POLITIK 

Pusat pentadbiran daerah Kuala Penyu telah diwujudkan pada 30 Januari 1952 dengan ditadbir oleh seorang Penolong Pegawai Daerah di bawah kelolaan Pentadbiran Pejabat Residen Keningau ketika itu. Semasa zaman pemerintahan British, sebelum dan selepas Perang Dunia kedua, pusat pentadbiran daerah ini berpusat di Mempakul.

Selepas Sabah merdeka, Kuala Penyu telah disempadankan untuk pilihan raya yang pada sehingga kini iaitu PARLIMEN BEAUFORT P.177 dan DUN KUALA PENYU N.26. Selepas pilihanraya pada tahun 2013, Kerusi Parlimen Beaufort disandang oleh YB Datuk Azizah Binti Mohd Dun. Manakala kerusi DUN Kuala Penyu pula disandang oleh YB Limus Jury.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.