Pelancongan & Rekreasi

TEMPAT-TEMPAT YANG MENARIK

 

TAMAN PULAU TIGA

         Pulau Tiga adalah sebuah pulau yang tidak dihuni oleh manusia yang terletak di Laut China Selatan, dekat pesisir pantai barat SabahMalaysia. Pulau ini terbentuk pada 21 September 1897 ketika gempa bumi yang melanda Mindanao menyebabkan letusan gunung berapi dekat Borneo. Pekan Kuala Penyu adalah merupakan pekan dan daratan yang terdekat dengan Taman Pulau Tiga, iaitu kira-kira 16 kilometer. Para pengunjung boleh datang ke Taman tersebut dengan menaiki bot dari Pekan Kuala Penyu. Biasanya perjalanan dengan bot memakan masa lebih kurang 25 minit.

         Selain daripada keunikan alam semulajadi yang masih belum tercemar, seperti hutan dara, tumbuhan bakau (mangrove), pantai-pantai yang berkilauan, di Taman Pulau Tiga memberi peluang kepada para pelawat untuk melihat lebih kurang 60 spesis burung, termasuklah burung Tambun (Megapodius freycinet) yang merupakan endemik species, di kepulauan Borneo. Selain daripada burung-burung, Taman Pulau Tiga juga turut dihuni oleh beberapa jenis binatang liar seperti Monyet (Maccaca Fasicularis), biawak (Eguana) dan berpuluh ribu ekor Keluang (Flying fox). Manakala di Pulau Kalampunian Damit (Pulau Ular), para pelawat dapat melihat beratus-ratus ekor ular laut (Laticuda Calubrina) yang menjadi penghuni tetap di pulau tersebut. Pulau Ular (Snake Island) sejak kebelakangan ini telah menjadi tumpuan para pelancong dari luar negara. 

            Para pelawat yang berminat dengan hidupan laut (Marine life) pasti akan merasai satu kepuasan apabila menyaksikan beraneka jenis hidupan laut, termasuklah bunga karang, yang terdapat di Taman Pulau Tiga, dan adalah dipercayai terumbu karang ini di antara yang tercantik di dunia. Turut menjadi daya tarikan pada para pelawat, ialah beberapa kawasan Gunung Berapi Lumpur (Mud Volcano) dan juga sarang-sarang Burung Tambun yang terdapat dipesisiran pantai. 

 

Sumber: http://ww2.sabah.gov.my/pd.kp/tourism/pelancong.html

 

 

PANTAI SAWANGAN

Pantai Sawangan merupakan satu lagi pulau yang terletak di daerah Kuala Penyu yang sering menjadi tumpuan baik masyarakat dalam dan luar Bandar untuk dikunjungi. Pantai ini kaya dengan keindahan alam semulajadi yang masih terpelihara serta air pantai yang bersih dan selamat untuk aktiviti mandi manda. Antara tarikan lain ialah jeti sepanjang lebih kurang 100 meter yang telah dibina khususnya untuk aktiviti memancing dan riadah. Masyarakat bukan sahaja bebas untuk mencari rezeki malahan boleh menikmati keindahan alam terutama apabila waktu senja tiba mahupun terbitnya matahari di pagi hari dengan udara yang nyaman serta jauh daripada kesibukan kota.

       Selain daripada aktiviti menangkap ikan, masyarakat juga boleh mencari siput dan kerang di kawasan pesisiran pantai yang sangat luas dan cantik ini. Terdapat berbagai-bagai spesis siput dan kerang boleh didapati ada yang menjadikannya sebagai bahan perhiasan untuk dijual dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti sukan air juga sering diadakan di pantai ini kerana keadaan pantainya yang tidak berbatu serta selamat untuk bersukan. Selain itu, pantai Sawangan ini juga sering menjadi pilihan terutama daripada sekolah-sekolah, jabatan kerajaan dan juga swasta sebagai pusat untuk berkhemah dan sebagainya kerana Kelengkapan dan kemudahan yang disediakan di pantai ini amat memudahkan apa juga aktiviti yang mereka jalankan.

 

         

TEMPURONG SEASIDE LODGE

         Sebuah lagi pusat peranginan yang sangat popular di daerah Kuala Penyu ini  ialah pantai Tempurong. Kawasan Kuala Penyu yang dikelilingi dengan pantai sememangnya menjadikan daerah ini sebagai tarikan bagi pencinta alam. Tempurung Seaside Lodge , penginapan tepi pantai yang damai dan tenang adalah syurga bagi mereka yang mencari ketenangan . Ia terletak di Barat Selatan Sabah, Malaysian Borneo , kira-kira 90 minit memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.Dibina di atas bukit kecil yang menghadap Laut China Selatan , penginapan ini dibina dengan gabungan seni bina moden dan tradisional menggabungkan ciri-ciri tempatan. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti WIFI, bar, restoran, perkhidmatan dobi, dan bermacam-macam kemudahan lain lagi. Selain itu, bus juga turut disediakan daripada Kota Kinabalu kepada pelawat-pelawat dengan  harga bayaran yang berpatutan.

 

 

Nama: Borneo Tempurung Lodge

No Telefon: 088-773066

Alamat: Kampung Tempurung Kuala Penyu Sabah

Media Sosial /  Website: www.borneotempurung.com

 

 

PUSAT INFORMASI RUMBIA

Pusat Informasi Rumbia (PIR) adalah terletak di Kampung Kasugira, Kuala Penyu. Perjalanan daripada Kota Kinabalu (Ibu Negeri Sabah) adalah sejauh 120 kilometer yang mengambil masa 2 jam 30 minit untuk sampai ke destinasi. Pusat ini juga terletak kira-kira 10 minit daripada Pekan Kuala Penyu. PIR diuruskan oleh Pejabat Perhutanan Daerah Beaufort.

Selain daripada menjadi Pusat Informasi, ianya juga boleh dilawati oleh orang ramai termasuklah pelancong.

            Dalam PIR, terdapat banyak tanaman pokok Rumbia. Selain itu, tayangan video tentang asal usul, kegunaan, dan tahap pengkomersilan pokok Rumbia tersbut. Pameran produk asal rumbia juga ada dipamerkan di dalam pusat ini. Terdapat lebih 50 barangan buatan tangan yang berasal daripada pokok Rumbia juga terdapat di sini.

 

            Proses pembuatan Sagu juga didemonstrasikan di dalam PIR ini. Terdapat pelbagai proses yang perlu dilalui sebelum hasil sagu mentah dijadikan. 

Sumber: http://www.mysabah.com/wordpress/sago-information-center/.

 

Nama: Pusat Infromasi Rumbia

No. Telefon: 087-897073

Alamat: Kg Kasugira

Media Sosial: http://rumbiainformationcenter.blogspot.my/

 

 

PANTAI PALU-PALU (SIPUT TUNTUL)

Pantai Palu-palu adalah tempat menarik lagi untuk dikunjungi. Lokasi Pantai ini terletak di Kg Purun dan Kg Palu-palu. Tempat ini unik popular bagi para pengunjung dari seluruh Sabah bukan kerana untuk bermandi-manda, tetapi oleh kerana hanya pantai ini sahaja yang terdapat sejenis spesis siput air masin yang dipanggil oleh penduduk daripada Kuala Penyu iaitu “Tuntul”. Pelawat boleh membawa bekas masing-masing untuk mencari siput sedut yang banyak terdapat di sepanjang pantai ini. Alatan yang perlu dibawa untuk mengambil siput ialah bekas menyimpan tuntul, alat pencakar (untuk mencakar pasir) sahaja.

Website carian: http://aroundguides.com/15878292

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.