Pertandingan Kraftangan Dasar Laut

03 October 2016 | Berita Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Sapi telah mengadakan Pertandingan Kraftangan Dasar Laut pada 24 September 2016 bersamaan dengan hari sabtu. Sebanyak 5 penyertaan telah dihantar. Dalam satu kumpulan hanya aka nada 3 orang sahaja yang terdiri daripada tahap 1 dan tahap 2. Tempat Pertama dimenangi oleh Kumpulan 5 iaitu adik Nurul Syaera, adik Shane Myra dan adik Daddery M. Manakala tempat kedua dimenangi Oleh adik Ken Ha Xiou Nam, adik Jeslee J dan adik Lorelliana Bella. Tempat Ketiga pula dimenagi oleh adik Edfryanda Patieh, Adik Geremy dan adik Mohd Redzween dari kumpulan 1. Penyertaan daripada kanak-kanak ini disokong sepenuhnya oleh para ibu bapa mereka agar masa terluang mereka diisi dengan perkara yang berfaedah. Harapan kami pada masa akan datang lebih ramai lagi ahli PI1M Kuala Sapi menyertai pelbagai program yang dilaksanakan pada setiap bulan oleh PI1M Kuala Sapi. Harapan pihak PI1M Kuala Sapi agar ibu bapa dan penjaga kanak-kanak akan terus memberikan sokongan dengan menggalakan anak-anak mereka untuk datang menyertai pelbagai Kelas ICT yang diberikan secara percuma kepada ahli dan program yang boleh disertai bagi mengembangkan lagi pengetahuan mereka terhadap ilmu teknologi maklumat.