Celik ICT : Mc Kinley Olivier Micnolds

03 October 2016 | Kisah Kejayaan

Adik Mc Kinley Olivier Micnod merupakan pelajar Tadika Visi Cahaya Kuala Sapi yang baru sahaja berusia 5 tahun. Adik Mc Kinley Olivier juga merupakan ahli aktif Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Sapi kerna rajin mengikuti Kelas ICT dan juga pelbagai program yang dijalankan oleh PI1M Kuala Sapi. Antara Kelas Ict yang diikuti oleh adik Mc Kinley Olivier ialah Latihan ICT "Education Online Games", Mewarna Online, Paint dan banyak lagi. Sejak berusia 3 tahun lagi, adik Mc Kinley Olivier telah menyertai Latihan atau kelas ICt dan juga pelbagai program dan telah memenangi beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh PI1M Kuala Sapi. Antara pertandingan yang dimenangi oleh adik Mc Kinley Olivier ialah Pertandingan Mewarna, Pertandingan Kraftangan Berkumpulan, dan banyak lagi. Dahulunya adik Mc Kinley Olivier tidak boleh menggunakan komputer tanpa bantuan orang dewasa, namun kini berkat kesungguhan dan usaha yang bersungguh oleh adik Mc Kinley Olivier, dia mampu untuk menggunakan komputer tanpa bantuan orang dewasa. Disamping itu adik Mc Kinley Olivier mampu untuk menggunakan you tube dan mencari pelbagai jenis kartun yang digemari olehnya dan mampu untuk mengeja dan menaip menggunakan papan kekunci serta menggerakkan tetikus dengan baik. Dengan platform internet seperti You Tube dan ABCya.com adik Mc Kinley Olivier kini mampu untuk mengikuti kelas ICT yang lebih mncabar dalam usianya.