Bengkel Kraftangan: Koyak dan Tampal Bersama TADIKA KEMAS Kuala Sapi

30 October 2016 | Berita Terkini

4 oktober 2016 bersamaan dengan hari selasa Pi1M Kuala Sapi telah berkerjasama dengan Tadika KEMAS Kuala Sapi untuk mengadakan satu program bertempat di PI1M Kuala Sapi pada pukul 8 pagi sehingga 10 pagi. Bengkel Kraftangan: Koyak dan Tampal ini disertai oleh seramai 15 orang pelajar Tadika Kemas Kuala Sapi, 10 pelajar perempuan dan 5 pelajar lelaki serta diiringi oleh seorang guru dan seorang pembantu guru. Sebelum memulakan aktiviti koyak dan tampal semua pelajar diterangkan bagaimana cara-cara aktiviti ini untuk dilakukan dengan menggunakan youtube sebagi media ilmu. Program ini mendapat respon yang positif daripada pelajar dan juga ibu bapa pelajar kerana program seperti ini mendedahkan pelajar seusia umur yang masih muda untuk mengambil sisi positif berkaitan kegunaan internet secara bijak. Diharap program seperti ini akan berterusan dijalankan agar kanak-kanak mampu untuk menggunakan internet dengan bijak tanpa mengabaikan pelajaran mereka.