Jejak Digital SMK Beluran Bestari

30 October 2016 | Berita Terkini

Pada 26hb Oktober 2016 bersamaan dengan hari isnin, PI1M Kuala Sapi, Pi1M Pekan Beluran, Pi1M Bintang Mas dan Pi1M Telupid telah bekerjasama dalam satu program Jejak Digital bertempat di SMK Beluran Bestari. Seramai 200 orang pelajar tingkatan 3 yang baru selesai menduduki Peperiksaan akhir tahun PT3 telah menyertai program ini. Antara pengisian program selama 3 jam ini ialah Pengenalan Pi1M oleh Penolong Pengurus Pi1M Pekan Beluran En. Ryan Gush, Klik Dengan Bijak oleh Pengurus Pi1M Bintang Mas EN. Elvison Japari, Slot E-Waste oleh Penolong Pengurus Pi1M Pekan Telupid En. Mohd Azri Jakarulah dan Slot Refleksi Jejak Digital oleh Penolong Pengurus Pi1M Kuala Sapi Cik Tuti Ema Yani Joseph.

Tujuan program ini dilaksanakan untuk mendedahkan dengan lebih luas lagi ilmu berkaitan internet dan memberi penerangan serta membetulkan tangapan yang negatif terhadap Pi1M. Pelbagai pengisian ICT yang diberikan kepada pelajar semasa program Jejak Digital ini berlangsung. Antara kebaikan yang diperoleh melalui program KDB ini ialah memberi memberi pendedahan kepada peserta terutamanya pelajar sekolah yang sedang meningkat dewasa berkaitan dengan perkara-perkara jenayah siber serta memberi kesedaran berkaitan keselamatan internet dengan bermatlamatkan keselamatan, waspada dan tanggungjawab kepada peserta. Hal ini kerana golongan remaja seperti mereka sangat terdedah dengan pelbagai jenayah siber.