GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN PI1M KUALA SAPI

22 November 2016 | Berita Terkini

Pada 22hb November 2016 bersamaan dengan hari selasa, Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Sapi telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan ruangan dalaman PI1M dan bilik ICT PI1M Kuala Sapi serta memunggut sampah di sekeliling luar bangunan Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Sapi. Aktiviti yang dijalankan ini diadakan bukan sahaja untuk membersihkan bilik ICT PI1M Kuala Sapi tetapi juga untuk memupuk sikap kerjasama dan kerajinan dalam diri ahli PI1M Kuala Sapi. Antara aktiviti yang dilakukan dalam aktiviti ini ialah, menyapu dan mengemop, menyusun kerusi, mengelap tingkap, membersihkan komputer dan meja komputer. Seramai 12 orang kanak-kanak yang terdiri daripada pelajar Tadika Visi Cahaya Kuala Sapi dan SK Holy Cross Kuala Sapi terlibat dalam program ini dan sebahagian besar daripada mereka sememangnya ahli PI1M yang aktif di Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Sapi. Maka dengan itu diharapkan aktiviti seperti ini dapat mengurangkan masalah vandalisme dan kegiatan membuang sampah merata tempat di PI1M Kuala Sapi.