PERTANDINGAN INDOOR GAMES DENGAN KERJASAMA PERPUSTAKAAN DESA KUALA SAPI

24 November 2016 | Berita Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Sapi telah mengadakan Pertandingan Indoor Games dengan kerjasama Perpustakaan Desa Kuala Sapi pada 24 November 2016 bersamaan dengan hari khamis. Sebanyak 12 penyertaan yang telah dihantar. Dalam satu kumpulan hanya akan ada 2 orang sahaja yang terdiri daripada tahap 1 dan tahap 2. Terdapat dua jenis permainan yang diadakan iaitu congkak dan bermain batu seremban. Tempat Pertama dimenangi oleh Kumpulan 6 iaitu adik Nurul Syaera dan adik Shane Myra. Tempat kedua dimenangi Oleh adik Ken Ha Xiou Nam dan adik Lorelliana Bella dari kumpulan 3. Manakala tempat Ketiga pula dimenagi oleh adik Edfryanda Patieh dan adik Mohd Redzween dari kumpulan 11. Penyertaan daripada kanak-kanak ini disokong sepenuhnya oleh para ibu bapa mereka agar masa terluang mereka diisi dengan perkara yang berfaedah. Harapan kami pada masa akan datang lebih ramai lagi ahli PI1M Kuala Sapi menyertai pelbagai program yang dilaksanakan pada setiap bulan oleh PI1M Kuala Sapi. Harapan pihak PI1M Kuala Sapi agar ibu bapa dan penjaga kanak-kanak akan terus memberikan sokongan dengan menggalakan anak-anak mereka untuk datang menyertai pelbagai Kelas ICT yang diberikan secara percuma kepada ahli dan program yang boleh disertai bagi mengembangkan lagi pengetahuan mereka terhadap ilmu teknologi maklumat.