PERADUAN MEREKACIPTA KAD HARI NATAL

07 December 2016 | Berita Terkini

Pada 07 December 2016  PI1M Kuala Sapi telah mengadakan pertandingan mereka kad Hari Natal dengan kerjasama Perpustakaan Desa Kuala Sapi. Sebanyak 25 orang peserta masing-masing dari Tabika, tahap 1 dan tahap 2 mendaftar untuk menyertai aktiviti ini. Tempat pertama bagi tabika dimenangi oleh adik Leavincent, tempat kedua pula adik Lez Dariy Grace dan tempat ketiga adik Averolin. Bagi tahap 1 pula dimenangi oleh adik Deannel, tempak kedua adik Ryan dan tempat ketika adik Adriel. Untuk tahap 2 dimenangi oleh adik Daddry, tempat kedua adik clara manakala tempat ketiga pula adik bella.  Penyertaan ini disokong oleh ibu bapa mereka agar masa cuti persekolahan ini di isi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Harapan pihak PI1M Kuala Sapi agar ibu bapa akan terus menyokong aktiviti yang kami berikan dengan menggalakkan kanak-kanak menyertai pelbagai aktiviti yang kami jalankan di Pusat Internet ini.