PERTANDINGAN BERMAIN CONGKAK

08 December 2016 | Berita Terkini

Pada 08.12.2016 telah berlangsungnya pertandingan congkak dengan kerjasama Perpustakaan Desa Kuala Sapi. Sebanyak 20 peserta yang mendaftar menyertai permainan congkak tersebut. Masing-masing dari sekolah rendah Holy Cross dan tabika. Pemenang bagi Kumpulan A dimenangi oleh adik Slyvester, tempat kedua adik Dadry tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh adik Jase dan adik Bella. Bagi kumpulan B pula dimenangi oleh adik Era diikuti oleh adik Jelosi, adik Essy dan adik jozi. Bagi ketogori Tabika pula dimenangi oleh adik Edlexson, tempat kedua adik Desy dan tempat ketiga adik Dary. Pertandingan yang dijalankan seperti ini mendapat sokongan penuh oleh Ibu dan Bapa. Permainan congkak ini juga boleh menguji tahap befikir bagi kanak-kanak Tabika. PI1M Kuala Sapi berharap belia dan kanak-kanak akan sentiasa menyertai aktiviti yang kami jalankan.