PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI NATAL

20 December 2016 | Berita Terkini

20 Disember 2016 bersamaan pada hari selasa pihak PI1M Kuala Sapi bekerjasama dengan Perpustakaan Desa untuk mengadakan pertandingan mewarna kepada pelajar sekolah rendah, yang terdiri dari tahap satu, tahap dua dan juga tabika. Terdapat seramai 17 orang peserta yang menyertai pertandingan ini. Pemenang tahap 2 bagi mewarna ialah adik Jozi, tempat kedua adik Dedry manakala tempat ketiga  ialah adik Chem. Pemenang bagi Tahap 1 pula ialah adik Germy, tempat kedua adik Zely dan tempat ketiga adik Deky. Bagi pemenang bagi ketogori Tabika dimenangi oleh adik Gloriana, tempat kedua adik Nurul ain manakala tempat ketiga adik Deffy. Pertandingan ini mendapat sokongan oleh ibu bapa peserta. Aktiviti sebegini bagus untuk pelajar yang bercuti sekolah, agar masa terluang mereka dapat dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat. Harapan pihak PI1M agar mereka akan sentiasa menyertai aktiviti yang kami jalankan.