Pelancongan & Rekreasi

Kg. Kuala Sapi merupakan sebuah kampung kecil yang berada di daerah Beluran yang berada bersebelahan dengan Sungai Labuk yang kaya dengan hasil seperti udang galah dan ketam. Terdapat beberapa tempat menarik di Kg. Kuala Sapi ini.

Salah Satu tempat menarik di Kg. Kuala Sapi ini ialah Bantun. Bantun merupakan sebuah tempat urusan jual beli udang galah yang terkenal di kampung ini. Kekayaan sumber laut terutamnya udang galah menjadikan Bantun sebuah tempat yang wajib dikunjungi semasa berada di kampung ini. Terdapat juga penternakan udang galah secara kecil-kecilan dilakukan. Terdapat beberapa nelayan yang menjadi pengusaha udang galah dan menjadi pemborong untuk dibawa ke Pekan Beluran. Perusahaan undang galah ini menggalakkan lagi urusan jual beli dikalangan komuniti setempat malah sehingga ke pasaran luar selain Pekan Beluran.

Sepanjang perjalanan dari Pekan Beluran sehingga ke Kg. Kuala Sapi yang mengambil masa 20 minit perjalanan menggunakan jalan darat, sesiapa sahaja yang melalui jalan ini akan terpesona dengan keindahan keluasan Ladang Kelapa Sawit Sapi yang dapat dilihat dari kawasan yang tinggi. Hal ini kerana bentuk muka bumi yang berbukit bukau disepanjang perjalanan ke Kg. Kuala Sapi. Pemandangan yang sangat cantik dan menarik ini menyebabkan ramai orang yang berhenti untuk mengabadikan beberapa keeping gambar untuk dijadikan kenangan.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.