Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke PI1M Lain

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kuala Sapi  mula beroperasi pada 01 Mac 2010 dan dikendalikan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus yang dilantik.  PI1M Kuala Sapi merupakan Projek Lima Tahun yang mendapat sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM ) berserta Celcom Berhad.  Tujuan SKMM membangunkan PI1M Kuala Sapi adalah untuk memberi pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam Pusat Jalur Lebar Komuniti pembangunan teknologi ICT.  Kewujudan PI1M Kuala Sapi diharap dapat membantu komuniti setempat mengenali ICT dan memanfaatkan kemudahan sedia ada secara positif bagi meningkatkan pengetahuan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Antara objektif PI1M Kuala Sapi yang digariskan termasuklah :-

  • menjadikan ICT sebagai medium untuk merapatkan jurang digital.
  • menambah pengetahuan dan meningkatkan sosioekonomi masyarakat.
  • mewujudkan sistem latihan berterusan untuk melahirkan masyarakat yang mahir,berilmu dan berdaya saing.
  • mewujudkan sistem latihan yang dinamik dan berkualiti.
  • menyediakan kemudahan ICT dan perkhidmatan yang berteraskan komuniti.

Dengan bayaran RM5.00 keahlian membolehkan setiap lapisan masyarakat sama ada kanak-kanak, remaja, belia, dewasa, warga emas, Orang Kelainan Upaya ( OKU ), kakitangan kerajaan atau swasta, surirumah mahupun yang tidak bekerja atau siapa sahaja dapat meluaskan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran ICT melalui penerokaan dunia luar.


Perkhidmatan Yang Disediakan oleh PI1M Kuala Sapi :-

1. Perkhidmatan Kelas ICT Secara Percuma Bagi Ahli.

2. Penggunaan Internet / Komputer

    Ahli       

  • Dewasa                                                  - RM 1.00
  • Pelajar/Warga Emas/OKU                    - PERCUMA

    Bukan Ahli

  • Dewasa                   - RM 2.00

3. WiFi

  • Dewasa                   - RM 5.00
  • Pelajar                     - RM 5.00

4. Perkhidamatan Lain

  • Print Hitam Putih
  • Print Berwarna
  • Photostat
  • Scan
  • Laminasi
  • Upah Menaip

Masa Beroperasi Bagi PI1M Kuala Sapi:-

  • Hari                    : Isnin - Ahad     ( kecuali cuti umum )
  • Masa                  : 8.00am - 5.00pm 
  • Masa Rehat        : 12.00pm - 1.00pm



Hadapi Masalah? Rujuk Panduan