Berita & Aktiviti Terkini

Penyampaian Hadiah

25 March 2017 | Berita Terkini

Aktiviti : Penyampaian Hadiah Tarikh : 25 Mac 2017 (Sabtu) Masa : 1pm - 1.30pm Tempat : PI1M Kg Langkuas   Pada 25 Mac 2017 iaitu bersamaan dengan hari Sabtu,PI1M Langkuas telah bergabung dengan KRT Kg Langkuas bagi mengadakan aktiviti penyampaian hadiah bagi program baru-baru ini yang dijalankan iaitu Program Cuti Sekolah.Majlis penyampaian hadiah ini dihadiri oleh para ibubapa,penjaga,nenek,datuk kepada peserta aktiviti tersebut.Bagi pertandingan penghasilan poster,kami memilih seramai 3 orang peserta sebagai pemenang.Manakala bagi aktiviti mewarna yang menggunakan medium online itu,kami memilih seramai 5 orang peserta sebagai pemenang.Yang akhir sekali aktiviti Spot The Difference kami... read more

Program Cuti Sekolah

23 March 2017 | Berita Terkini

Program : Program Cuti Sekolah Tarikh : 21-22 Mac 2017 Tempat : PI1M Kg Langkuas,Kinarut Senarai Aktiviti : Mewarna,Penghasilan Poster & Spot The Difference   Pada 21-22 Mac 2017 (Selasa-Rabu) yang lepas,KRT Kg Langkuas telah bergabung bersama PI1M Kg Langkuas menganjurkan satu program bersempena cuti sekolah.Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mewarna menggunakan medium online.Kategori umur bagi pertandingan mewarna ialah 9 tahun kebawah.   Aktiviti yang kedua adalah aktiviti penghasilan poster dimana ia hendaklah dihasilkan mengikut kreativiti sendiri menggunakan pelbagai medium yang disediakan di komputer antaranya ialah Microsoft Power Point dan kategori umur yang telah ditetapkan bagi... read more

Sri Guri's Catering

21 March 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Jaisa Ansley merupakan seorang usahawan dari Taman Pantai Lok Kawi yang mengusahakan kedai makan dan katering yang dinamakan Sri Guri. Perniagaan ini sudah lama dijalankan dalam kira-kira tidak kurang dari 10 tahun.  Pelbagai sajian enak disediakan untuk hidangan di kedai makan.  Pelanggan Sri Guri yang ingin menempah katering juga boleh memilih hidangan yang mereka inginkan selain harga yang dikenakan juga berpatutan.  Orang ramai yang ingin menggunakan khidmat katering Sri Guri oleh Puan Jaisa ini bolehlah menghubungi beliau melalui aplikasi telefon pintar WhatsApp di nombor 014-560 1003. ... read more

Chuckytmblr.co

21 March 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Chuckytmblr.co adalah nama sebuah perniagaan kecil-kecilan yang dijalankan oleh Cik Nur Niqmah Farahin.  Perniagaan ini baru bermula pada penghujung tahun 2016, bersamaan sebulan selepas beliau menamatkan peperiksaan SPM.  Cik Niqmah memulakan perniagaan dengan menjadi ejen dropship yang menjual barangan Kpop dari Korea.  Sasaran pembelinya adalah orang awam yang meminati band-band dari Korea.  Antara barangan yang dijualnya adalah pakaian berupa baju T, botol air, rantai dan cincin, serta banyak lagi.  Orang ramai yang ingin membeli bolehlah menambah beliau sebagai rakan di Wechat dengan id: destore_ .  ... read more

Gotong-royong Bulanan PI1M Kg Langkuas

09 March 2017 |

Tajuk Program : Gotong-royong Bulanan PI1M Tarikh : 4 Mac 2017 Tempat : PI1M Kg Langkuas       Aktiviti gotong-royong bulanan ini kebiasaannya dijalankan dalam 2-3 bulan sekali bersama ahli-ahli PI1M Kg Langkuas.Gotong-royong ini dijalankan pada 4 Mac 2017 (Sabtu) yang lepas dan dihadiri seramai 10 orang ahli.Tujuan utama aktiviti sebegini dijalankan adalah bagi membersihkan kawasan sekitar PI1M dan ia bermula pada pukul 2pm-4.30pm.Jamuan ringan juga turut disediakan oleh pihak PI1M bagi ahli-ahli yang hadir pada masa itu.    Aktiviti gotong-royong ini salah satu amalan masyarakat kita dimana mengutamakan semangat kerjasama dna juga dapat... read more

Penghasilan Design Thank You Card

01 March 2017 |

    Seorang pelajar lelaki lepasan SPM telah menghasilkan Thank You Card untuk para pelanggan ibunya yang sedang berniaga.Kami mengadakan aktiviti ini dimana disertai oleh beberapa lagi orang pelajar lain bagi menghasilkan Thank You Card yang sangat menarik untuk diberi kepada pelanggan jika pelanggan membeli produk mereka.Thank You Card yang kami pilih ialah yang dihasilkan oleh pelajar lelaki ini kerana ia sangat menarik dan sesuai dengan produk yang dijual. ... read more

Go Thesis

27 February 2017 |

   Pada tarikh 19 Februari 2017, satu program yang diberi nama Go Thesis telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Langkuas, Kinarut dari jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari.  Program Go Thesis ini adalah program terbuka untuk ahli yang berstatus pelajar tahun akhir di universiti. Peserta diberikan pengetahuan untuk mencari bahan membuat thesis atau kajian yang wajib diselesaikan sebelum bergraduasi.  Pelbagai laman web dan teknik diajar untuk memudahkan peserta mendapatkan maklumat berkenaan kajian yang akan mereka lakukan.  Program Go Thesis tidak berakhir pada tarikh tersebut sahaja, namun program kedua... read more

Kursus Solekan (batch 2)

17 January 2017 |

Kursus solekan yang ke-2 ini diadakan atas gabungan PI1M Kg.Langkuas dan juga AIM Kg.Langkuas yang diadakan pada 14 Januari 2017 (Sabtu) pada pukul 9am sehingga 5pm.Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar yang sama seperti kursus solekan yang pertama iaitu yang berasal dari Kg Takis Papar seramai 2 orang yang mempunyai sijil yang diiktiraf oleh SKM.Kelas ke-2 ini dihadiri seramai 8 orang peserta sahaja.Kedua-dua kelas kursus ini diberikan sijil daripada tenaga pengajar. ... read more

Kursus Solekan (batch 1)

17 January 2017 |

PI1M Kg.Langkuas telah bergabung dengan AIM Kg Langkuas bagi menganjurkan kursus solekan khas untuk surirumah ataupun usahawan kecil Kg Langkuas dan sekitarnya.Kursus solekan ini dikendalikan oleh 2 orang tenaga pengajar yang berasal dari Kg Takis Papar yang berpengalaman dan mempunyai sijil yang diiktiraf oleh SKM.Mereka memberi serba sedikit tunjuk ajar mengenai asas-asas solekan untuk majlis siang dan malam.Kursus ini berjalan dengan lancar bermula pada pukul 9am sehingga 4pm pada 7 Januari 2017 (Sabtu).Seramai 13 orang peserta untuk kelas pertama ini. ... read more

Anyaman Bakul

18 December 2016 |

Tarikh: 13 Dis 2016 (Selasa) Tempat: Bilik ICT, Pi1M Kg Langkuas Masa: 9.00am - 1.00pm Program anyaman bakul yang sedang hangat di pasaran diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Langkuas yang mana para pelajar dapat belajar teknik menganyam bakul menggunakan tali dengan betul. Pelbagai jenis bakul dapat dibuat dengan hanya menggunakan satu teknik yang sama. Pembelajaran mengambil masa selama hampir empat jam.  Bakul yang telah siap diberikan oleh tenaga pengajar sebagai cenderahati dan contoh. Pihak pengurusan Pi1M Kg Langkuas akan cuba mencari masa yang sesuai untuk mengadakan lagi kelas anyaman bakul tersebut dan... read more

lagi berita & aktiviti