Berita Terkini

EVENT : Klik Dengan Bijak 2018 di SMAIP,Papar

05 April 2018 |

Aktiviti: Klik Dengan Bijak 2018 Tarikh/Masa: 3 April 2018 / 10:30am - 12:00pm Tempat: Sekolah Menengah Agama Islam Papar Selasa, 3 April - Program Klik Dengan Bijak 2018 telah diadakan dengan jayanya di SMAIP atas anjuran bersama Pusat-Pusat Internet 1 Malaysia Klustering Daerah Papar.  Program tersebut berlangsung selama 2 jam melibatkan seramai 486 orang pelajar dan beberapa orang guru di sekolah tersebut.Cik Nadieana dari Pi1M PPR Taman Kinarut Ria,Kinarut telah menyampaikan taklimat pengenalan Pi1M kepada peserta sebelum diteruskan dengan penyampaian taklimat KDB dari Cik Diana Farehan (Pi1M Kg. Langkuas, Kinarut).  Beberapa topik telah disampaikan dalam KDB tersebut seperti "Maklumat Palsu" dan "Online Grooming". Sesi soal... read more

USAHAWAN : RAJA FITRI ZUHAILY - Kasut

29 March 2018 | Profil Usahawan Tempatan

Adik Raja Fitri Zuhaily antara usahawan PI1M yang menjalankan perniagaannya secara atas talian selama lebih kurang 4 tahun dan pasaran barangan beliau sudah sampai ke Semenanjung Malaysia.Beliau telah pun membuka satu cawangan di Semenanjung hasil gabungan usaha beliau,adiknya dan juga ayahnya.Perniagaan beliau ini,dibantu oleh ayah saudaranya kerana ayah saudaranya itu sering ulang alik ke luar negara untuk memborong barang jualannya.Kasut-kasut yang adik Raja jual ini semua berkualiti tinggi seperti dibeli di butik.Sebarang pertanyaan,boleh hubungi adik Raja di talian 018-312 3692.     ... read more

USAHAWAN: Nur Haziqah - Cikka Cookies

29 March 2018 | Profil Usahawan Tempatan

Cik Nur Haziqah Abdul Latip merupakan salah seorang ahli Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Langkuas, Kinarut yang tinggal di Kampung Sungai Padang, Papar.  Beliau telah mengikuti pelbagai jenis kelas ICT dan juga kelas keusahawanan di Pi1M Kg. Langkuas.  Cikka Cookies adalah perniagaan kecil-kecilan Cik Nur Haziqah di mana beliau menjadi ejen menjual biskut almond choco chip.  Cik Haziqah menjual produk tersebut melalui beberapa medium iaitu secara langsung dan juga menggunakan sosial media seperti Facebook, Instagram dan aplikasi WhatsApp.  Sebarang pertanyaan dan pembelian bolehlah diajukan kepada Cik Haziqah di aplikasi WhatsApp... read more

EVENT: Bengkel Editing Video

25 March 2018 | Berita Terkini

AKTIVITI: BENGKEL EDITING VIDEO TARIKH/MASA:  23 MAC 2018 / 9.00am - 5.00pm TEMPAT: PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KG. BELATIK, KIMANIS Pada Jumaat yang lepas, sebuah bengkel menyunting video telah diadakan di bilik latihan ICT Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Belatik, Kimanis.  Pengurus Pi1M Kg. Belatik (Alfred) menjadi jurulatih dalam bengkel tersebut dan dihadiri oleh pelatih yang terdiri dari Penolong-penolong Pengurus Pi1M (Nur Diana Farehan - Kg. Langkuas, Hafizah - Kg. Kuala, Nur Suria - KLPOKU dan Nadieanna - PPR Kinarut Ria).  Objektif aktiviti ini dijalankan adalah untuk menyampaikan ilmu suntingan video kepada staf... read more

EVENT : Cabaran Leggo

22 March 2018 | Berita Terkini

AKTIVITI : CABARAN LEGGO TARIKH/MASA : 20 MAC 2018 / 9AM - 12PM TEMPAT : PI1M BIAU BONGAWAN 20 Mac 2018,Selasa -  PI1M kluster daerah Papar telah mengadakan aktiviti gabungan sempena cuti sekolah di PI1M Biau Bongawan bersama-sama dengan komuniti sekitar Kg.Biau.Seramai 20 orang kanak-kanak telah menyertai aktiviti cabaran leggo ini.Syarat permainan ini adalah,setiap peserta dikehendaki menghasilkan satu leggo beserta nama dan penilaian dibuat berdasarkan nama dan hasil leggo yang dihasilkan bersesuaian ataupun tidak.   ... read more

EVENT: Open Day 2018

20 March 2018 | Berita Terkini

Aktiviti: Open Day 2018 Tarikh/Masa: 18 Mac 2018 / 9.00am - 5.00pm Tempat: Pi1M Kg. Langkuas, Kinarut Pada Ahad yang lepas, sekali lagi Hari Terbuka Pi1M Kg. Langkuas, Kinarut telah diadakan. Setiap tahun, program hari terbuka seperti ini akan dijalankan sekali. Pelbagai aktiviti telahpun dijalankan seperti Separation Anxiety (mengasingkan gula-gula mengikut warna dalam masa yang ditetapkan), This Blows (meniup belon dan jatuhkan gelas kertas menggunakan belon tersebut), Movin' On Up (memindahkan gelas-gelas kertas), pecah belon dan ikat kaki selain aktiviti kotak beracun (kuiz).  Selain itu, tayangan video KDB juga dijalankan bagi memastikan ahli... read more

EVENT : E-rezeki Training

16 March 2018 | Berita Terkini

AKTIVITI : Kursus E-Rezeki TARIKH/MASA : 15 Mac 2018 / 10am - 5pm TEMPAT : Bangunan UCSF   15 Mac 2018,Khamis - MDEC telah mengadakan satu kursus E-Rezeki bersama-sama dengan kakitangan PI1M dimana yang melibatkan 8 orang pengurus PI1M manakala penolong pengurus diadakan pada hari Sabtu akan datang.Program ini bertujuan untuk melatih pengurus PI1M tentang E-Rezeki dan juga cara-cara bagaimana ingin melatih komuniti tentang E-Rezeki ini.E-Rezeki ini dapat membantu indivi yang ingin mencari pendapatan diatas talian.   ... read more

EVENT: What's in the bag?

14 March 2018 | Berita Terkini

AKTIVITI: What's in the bag? TARIKH/MASA: 11 Mac 2018 / 2.30 - 3.30pm TEMPAT: Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Langkuas, Kinarut Pada hari Ahad yang lalu, selepas sahaja program Word Search selesai, acara diteruskan dengan aktiviti meneka "what's in the bag?". Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk melihat sejauh mana peserta fokus terhadap sesuatu yang ingin disampaikan dan juga membuang sifat malu untuk membuat keputusan dihadapan orang ramai. Seramai 12 peserta yang menyertai aktiviti meneka ini dan beberapa klu dinyatakan seperti "boleh dibawa ke mana sahaja", "boleh isi cecair" dan banyak lagi klu yang... read more

EVENT: Word Search 1.0

14 March 2018 | Berita Terkini

AKTIVITI: Word Search 1.0 TARIKH/MASA: 11 Mac 2018 / 1.30 - 3.30pm TEMPAT: Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Langkuas, Kinarut Pada hari Ahad yang lalu, pihak pengurusan Pi1M Kg. Langkuas telah mengadakan satu aktiviti iaitu Word Search 1.0 dengan ahli-ahli Pi1M. Tujuan aktiviti diadakan adalah untuk menguji minda dan kepantasan ahli Pi1M dalam mencari sesuatu. Seramai 12 orang peserta untuk Word Search kali ini. Soalan word search terbahagi kepada dua topik iaitu Theme Park Worldwide dan Learning Styles. Melalui permainan ini, peserta yang merupakan pelajar-pelajar sekolah dapat mengasah ketajaman mata dan pemikiran mereka... read more

USAHAWAN: Wajis Bin Bangkuloh - Buah Roselle

08 March 2018 | Profil Usahawan Tempatan

Encik Wajis bin Bangkuloh merupakan seorang usahawan yang tidak asing lagi di Kampung Langkuas.  Beliau yang telah menjadi ahli sejak Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Langkuas, Kinarut ini dibuka menjual pelbagai barangan termasuklah buah-buahan dan sayur-sayuran di Balairaya Kg. Langkuas setiap hari Isnin.  Selain itu, beliau juga menjual tanah hitam untuk digunakan sebagai tanah menanam tumbuhan. Kali ini, Encik Wajis menjual buah Roselle yang jarang-jarang ditemukan.  Beliau menjual buah ini sebakul dengan nilai RM2.00 sahaja.  Buah roselle ini direbus untuk dijadikan minuman sirap berperisa.  Antara kebaikan buah ini adalah untuk... read more