Gerai Kuih

14 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Gerai Kuih merupakan perniagaan menjual kuih-muih yang sesuai dijadikan sebagai santapan tidak kira pagi atau petang, siang atau malam.  Perniagaan ini dijalankan oleh Cik Mimi Syazwani dan keluarganya di pekan Papar.  Perniagaan ini sudah lama diusahakan iaitu semenjak tahun 2012 lagi.  Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba kuih-muih buatan tangan Cik Mimi dan keluarga bolehlah pergi terus ke gerai kuih mereka yang terletak di perkarangan Perpustakaan Papar dan buka pada setiap hari bermula jam 2 petang.