Mahayu Legacy

14 December 2016 | Kisah Kejayaan

Puan Nor Hafizah merupakan seorang guru agama yang mempunyai minat yang tinggi terhadap bidang perniagaan.  Selepas sahaja habis pengajian di kolej, Puan Hafizah membuka sebuah butik dan kedai vendor di daerah Papar, yang menjual pelbagai tudung dan aksesori tudung. Tudung yang dijual mengikut trend terkini dan dalam kadar yang berpatutan.  Beliau juga mengeluarkan jenama tudung sendiri iaitu Hafizah Hijab.  Kini beliau membuka sebuah kedai baru yang terletak di Pekan Papar iaitu Mahayu Legacy di bangunan 1 Grocer, Papar.