Cikka Craft Corner

14 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Cik Haziqah adalah seorang pelajar pendidikan jarak jauh Open University Malaysia yang bergiat aktif dalam penjualan kraf menggunakan kain felt.  Beliau membuat sendiri kraf tersebut mengikut ilham dan pembelajaran dari buku dan Internet.  Tempahan diterima melalui Facebook, Instagram @ dan juga aplikasi WhatsApp.  Pelanggan akan meminta beliau untuk menjahit kraf mengikut kriteria yang diingini oleh pelanggan.