Faidzah Homemade Cakes

14 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Cik Noor Faidzah merupakan seorang penjawat awam negeri yang bertugas di JPHPT daerah Papar.  Di sebalik kerjayanya itu, beliau seorang yang sangat berbakat dalam membuat kek ‘homemade’. Kek tersebut dipromosikan dan beliau mengambil tempahan untuk pelbagai majlis.  Antara tempahan yang pernah diambil olehnya adalah kek perkahwinan, kek harijadi, dan kek hantaran pertunangan. Tempahan bolehlah dibuat melalui akaun Facebook pemilik iaitu, FaiDzah FaDh.