Goodies by Buchi

15 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Goodies by Buchi diilhamkan oleh usahawan cilik Pi1M Kg Langkuas yang bernama Cik Nurul Fitri Nabilah yang baru berusia 14 tahun.  Beliau sudah mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan sejak dari darjah enam lagi.  Adik Nurul membuat coklat sendiri hasil dari mencuba pelbagai resipi coklat homemade bertutorialkan melalui Internet. Beliau menjual coklat homemade ini untuk dijadikan makanan ringan dan juga buah tangan. Pelbagai perisa boleh dipilih seperti coklat susu, coklat putih dan coklat strawberi. Untuk menempah, bolehlah menghubungi beliau di akaun Facebook page, Goodies by Buchi.