EVENT: Typing Master 2

18 December 2016 |

Tarikh : 15 Dis 2016 (Khamis)

Tempat : PI1M Kg Langkuas

Masa : 10.00am - 11.00am

Typing Master gelombang kedua ini telah diadakan sekali lagi berikutan terdapat permintaan tinggi dari pihak ahli Pi1M yang ingin bertanding lagi. Aktiviti tersebut dinamakan sebagai Typing Master 2, yang mana bertujuan untuk menguji minda dan ketangkasan pengguna-pengguna Pi1M Kg Langkuas menaip secara pantas dengan jumlah kesalahan yang sedikit.  Typing Master ini adalah secara dalam talian (on-line) melalui laman web www.typingtest.com dan pengguna diuji menaip seberapa banyak perkataan yang boleh dalam masa 60 saat.  Pengguna juga akan diberikan keputusan selepas selesai sahaja menaip.  Jumlah kesalahan perkataan dan jumlah perkataan yang berjaya ditaip adalah salah satu keputusan yang diberikan. Program yang diadakan selama satu jam itu mampu menarik minat pelajar yang juga ahli untuk belajar kemahiran menaip secara pantas.