Anyaman Bakul

18 December 2016 |

Tarikh: 13 Dis 2016 (Selasa)

Tempat: Bilik ICT, Pi1M Kg Langkuas

Masa: 9.00am - 1.00pm


Program anyaman bakul yang sedang hangat di pasaran diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Langkuas yang mana para pelajar dapat belajar teknik menganyam bakul menggunakan tali dengan betul. Pelbagai jenis bakul dapat dibuat dengan hanya menggunakan satu teknik yang sama. Pembelajaran mengambil masa selama hampir empat jam.  Bakul yang telah siap diberikan oleh tenaga pengajar sebagai cenderahati dan contoh. Pihak pengurusan Pi1M Kg Langkuas akan cuba mencari masa yang sesuai untuk mengadakan lagi kelas anyaman bakul tersebut dan kali ini ingin memanggil dan menjemput mana-mana ahli Pi1M yang berminat untuk turut serta.