Kursus Solekan (batch 1)

17 January 2017 |

PI1M Kg.Langkuas telah bergabung dengan AIM Kg Langkuas bagi menganjurkan kursus solekan khas untuk surirumah ataupun usahawan kecil Kg Langkuas dan sekitarnya.Kursus solekan ini dikendalikan oleh 2 orang tenaga pengajar yang berasal dari Kg Takis Papar yang berpengalaman dan mempunyai sijil yang diiktiraf oleh SKM.Mereka memberi serba sedikit tunjuk ajar mengenai asas-asas solekan untuk majlis siang dan malam.Kursus ini berjalan dengan lancar bermula pada pukul 9am sehingga 4pm pada 7 Januari 2017 (Sabtu).Seramai 13 orang peserta untuk kelas pertama ini.