Mengenai PI1M



Penubuhan Pi1M Kg. Langkuas


Pi1M Kg. Langkuas telah mula beroperasi bermula dari 17 Oktober 2013. Pi1M Kg. Langkuas mendapat sambutan yang baik dari para penduduk setempat.  Pi1M Kg. Langkuas juga telah menjalani UAT oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Celcom Axiata Sdn. Bhd. dan Nusuara Technologies pada 16 Oktober 2013. Matlamat utama kerajaan menubuhkan PI1M Ini adalah untuk memastikan komuniti tempatan memperoleh capaian internet untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat Bandar dan luar Bandar, selaras dengan matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan.

Pusat Internet 1Malaysia juga turut mendidik komuniti setempat mengenai kesedaran penggunaan internet dengan betul melalu Program Klik Dengan Bijak. Program Klik Dengan Bijak dilaksanakan di setiap sekolah-sekolah yang berdekatan, dan pejabat-pejabat selain di Pusat Internet 1Malaysia itu sendiri.

Perkhidmatan lain yang disediakan:

ü  Menaip

ü  Kelas komputer / ICT (Percuma Untuk Ahli) 

ü  Sewa kelas ICT untuk perjumpaan / mesyuarat / tuisyen

ü Laminate 

ü Kelas Keusahawanan



Untuk mendaftar sebagai ahli Pusat Internet 1Malaysia, pengguna baru hanyalah perlu ke Pusat Internet 1Malaysia yang berdekatan dengan anda dan berhubung dengan Pengurus ataupun Pen.Pengurus bagi mendaftarkan nama anda sebagai ahli Pusat Internet 1Malaysia. Dengan ini, pengguna dapat menikmati kemudahan yang disediakan dengan kadar caj yang berpatutan dan dapat menyertai sebarang kelas ICT dan aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak Pusat Internet 1Malaysia.


Maklumat PI1M & Komuniti Pi1M Kg. Langkuas

Lokasi

 Kinarut

UST Area

 Papar

Daerah

 Papar

Negeri

Sabah

Populasi

418 

Aktiviti Ekonomi Utama

Perikanan, penternakan, perhutanan & industri kilang papan

Jumlah Keahlian

(setakat Januari 2017)

 761

Lat/Long PI1M

 5.827, 116.050

Teknologi


Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

 17 Oktober 2013

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Farahsuzianah Asagena

Email: farah_suzianah@celcom1cbc.com

No Telefon: 019 809 8949

 

Pen.Pengurus

Nama: Nur Diana Farehan

Email: nurdiana@celcom1cbc.com

No Telefon: 014 558 5264

Website

http://www.celcom1cbc.com/langkuas

Kampung Tanpa Wayar

1.   Zone 1: (KTW Pole 12 Meter) – Rumah En. Florensius Basol

2.  Zone 2: (KTW Pole 12 Meter) – Rumah En. Joy Tokuzip

3.  Kg. Sabindo (KTW Pole 12 Meter)  - Rumah En. Rubin Jennies

4.    Tmn Kinarut Jaya (KTW Pole 12 Meter)  

5.    Zone 3 Kg.Langkuas (12Meter KTW Pole)

6.    Zone 2 Kg.Sabindo (12Meter KTW Pole)

7.    Zone 3 Kg.Sabindo (12Meter KTW Pole)

8.    Zone 4 Kg.Sabindo (12Meter KTW Pole)

9.    PI1M Kg.Langkuas (20m CBC Tower) 

10.  Zone 2 Tmn Kinarut Jaya (12Meter KTW Pole)


 

 



Tempat menarik berdekatan PI1M Langkuas,Kinarut :

1) Lok Kawi Wildlife Park
    Alamat : Jalan Lama Penampang-Papar,89500,Papar,Sabah.
    No.Tel : 088-765 710
Lok Kawi Wildlife Park terletak kira-kira 6.4km jaraknya dari PI1M Langkuas.Ia dibuka pada 17 Februari 2007.Taman ini menempatkan pelbagai jenis tumbuhan yang eksotik dan pelbagai spesis haiwan.Ia beroperasi setiap hari bermula pada pukul 9.30am sehingga 5.30pm.

2)Rumah Besar Kinarut
   Alamat : Kinarut,Papar,Sabah
   No.Tel : -
Rumah Agam ini dibina pada tahun 1910 dan ia terletak di Jalan Baru Papar. Rumah ini pernah dihuni oleh seorang rakyat Jerman yang bernama W.F.C Asimont dan beliau adalah seorang pengurus ladang kinarut. Rumah ini diwartakan sebagai tapak yang bersejarah pada 22 Ogos 1994.

3)North Borneo Railway
   Alamat : Pekan Kinarut,Papar,Sabah
   No.Tel : -
Pengunjung dapat merasa suasana menaiki keretapi di zaman British North Borneo apabila menaiki keretapi lama tahun 1990an.Perkhidmatan keretapi ini bermula dari Tanjung Aru dan seterusnya akan melalui landasan Kinarut sebelum berakhir di pekan Papar.

4)Borneo Dinawan Island Resort
Alamat : Kinarut
No Tel : 088-442333
Sesuai untuk bersantai dan beristirehat bersama keluarga.