Ekonomi dan Keusahawanan

Pengusaha Makanan Sejuk Beku
Makanan sejuk atau sejuk dingin membawa maksud makanan yang di simpan pada suhu -1 darjah C hingga +10 darjah C. Manakala makanan beku ialah di simpan pada suhu -18 darjah C ke bawah. Tujuan makanan di simpan  dalam suhu ini untuk memastikan makanan terus segar dan tahan lama.  Suhu persekitaran makanan dikawal supaya mikroorganisma tidak boleh menyebabkan makanan itu menjadi rosak dan busuk.Antara contoh kuih-muih sejuk beku ini ialah karipap,popiah,pulut sardin dan kuih bom.

Pengusaha Pakaian Muslimah
Menghasilkan beberapa pakaian muslimah daripada hasil design sendiri dan jenama sendiri.Produk-produk yang dihasilkan ini bukan produk yang diborong daripada pemborong.Meletakkan harga yang mampu milik adalah salah satu alternatif untuk menarik minat pelanggan untuk membelinya.Selain daripada itu,produk yang dihasilkan ini adalah mengikut peredaran masa sekarang dan tidak melanggar syarat-syarat dalam Islam bagi pakaian untuk para muslimah.Antara contoh produk yang sudah dihasilkan adalah Basic Shawl,End Curve Wideshawl,Gabrielle Blouse,Raudha Long Cardigan dan banyak lagi.
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.