Maklumat Tempatan

Kampung Langkuas adalah sebahagian daripada kawasan Kinarut. Kinarut mempunyai sebuah pekan kecil yang terletak di dalam daerah Papar. Ianya juga dikenali sebagai salah satu destinasi bagi perhentian/stesen bagi Jabatan Keretapi Sabah. Kg Langkuas mempunyai kepadatan penduduk seramai kira-kira 342 orang. Selain daripada berkerja didalam sektor kerajaan dan swasta, penduduk Kg Langkuas juga menjalankan aktiviti pertanian dan perikanan bagi penduduk kawasan lain. Penduduk asal Kinarut adalah kaum berbangsa Bajau, manakala di Kg Langkuas pula ialah Kadazan Dusun. Terdapat satu bangunan yang baru siap ditubuhkan dikawasan Kg Langkuas ini dan bangunan itu adalah hak milik Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Kawasan baru ini menempatkan kuarters bagi para kakitangan Jabatan Keretapi dan juga bengkel keretapi. Selain daripada kawasan Jabatan Keretapi yang baru ini,terdapat lagi satu kawasan untuk komuniti setempat dan komuniti luar untuk menjalankan aktiviti outdoor iaitu Borneo Palinda Motorsport yang terletak didalam kawasan Kg Mook yang tidak jauh daripada PI1M Langkuas. Aktiviti yang mereka sediakan ialah permainan Go Kart dimana permainan ini lebih kurang sama dengan aktiviti lumba kereta. Beberapa taman perumahan baru juga sedang membangun dikawasan Kinarut ini selain daripada pembinaan lebuhraya Pan Borneo yang telahpun memulakan kerja-kerja membangunkan projek sehingga tahun 2020.
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.