Pelancongan & Rekreasi

Borneo Paradise Beach Hotel
No.Tel : 088 - 257 880
Email : reservations@borneoparadisehotel.com
Alamat : KM22.5 Kota Kinabalu-Papar Highway,Kg Kinarut Laut,88200,Papar,Sabah.
-Borneo Paradise Beach Hotel ini menyediakan 52 buah bilik dan lokasi nya sesuai dengan individu yang gemarkan pemandangan laut ataupun pantai.Ia juga salah satu lokasi yang ideal untuk bercuti bersama keluarga,mengadakan mesyuarat dan menganjurkan seminar.Ia terletak kira-kira 5.4km daripada PI1M Langkuas dan kira-kira 14.5km daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Langkah Syabas Beach Resort
No.Tel : 088 - 752 000
Email : info@langkahsyabas.com.my
Alamat : Jalan Papar Baru,Kg Kinarut Laut,Papar,Sabah.
-Langkah Syabas Beach Resort ini telah beroperasi selama 18 tahun dan ia menyediakan 25 buah chalet.Ia juga sangat digemari oleh pelancong daripada Australia,United Kingdom,Netherlands,Brunei dan juga Malaysia.Ia terletak kira-kira 4.5km daripada PI1M Langkuas dan 13.8km daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Rumah Besar Kinarut
No.Tel : -
Email : -
Alamat : KM25 Jalan Papar Baru,Papar,Sabah.
-Rumah ini dibina pada tahun 1910 dan ia terletak disebelah kiri jalan menuju ke Papar.Rumah yang memperlihatkan seni bina 'Greco Roman' ini pernah dihuni oleh pengurus ladang Kinarut iaitu orang Jerman yang bernama W.F.C Asimont.Lokasi ini terletak kira-kira 8.8km daripada PI1M Langkuas dan kira-kira 19.1km daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Lok Kawi Wildlife Park
No.Tel : 088 - 765 710
Email : -
Alamat : Jalan Lama Penampang-Papar,Papar,Sabah.
-Lok Kawi Wildlife Park ini dibuka secara rasminya pada 17 Februari 2007.Di zoo ini juga menyediakan dua komponen iaitu untuk haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan.Di komponen haiwan terdapat gajah pygmy Borneo,monyet Proboscis,harimau Malaya dan pelbagai lagi.Jarak antara zoo ini daripada PI1M Langkuas kira-kira 7.2km dan 12.6km daripada Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu.

North Borneo Railway
No.Tel : -
Email : -
Alamat : Pekan Kinarut,Papar,Sabah.
-Pengunjung dapat merasa suasana menaiki keretapi di zaman British North Borneo apabila menaiki keretapi lama tahun 1990an.Perkhidmatan keretapi ini bermula dari Tanjung Aru dan seterusnya akan melalui landasan Kinarut dan akan berakhir di Papar.Stesen keretapi ini bagi di Kinarut jaraknya kira-kira 1.9km dari PI1M Langkuas.

Borneo Dinawan Island
No.Tel : 088-442 333
Email : -
Alamat : Kinarut,Papar,Sabah
-Sebuah pulau yang menjanjikan anda ketenangan semasa anda berada di pulau ini.Sangat sesuai untuk beristirehat bersama keluarga.

Seaside Travellers Inn
No.Tel : 088-750 055
Email : -
Alamat : Kinarut,Papar,Sabah
-Terdapat chalet yang mempunyai sebanyak 15 bilik,dilengkapi dengan kemudahan dewan makan,kolam renang,restoran,kayak,perkhidmatan bot untuk ke pulau,meja tenis dan gelanggang tenis.
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.