Berita Terkini

Bengkel Membuat Tabung Sedekah Dan Tabung Duit Raya

09 June 2017 | Berita Terkini

                                                                              Event Bengkel Membuat Tabung Sedekah Dan Tabung Dan Tabung Duit Raya    Bersempena bulan Ramadhan dan juga cuti sekolah, Pusat Internet 1Malaysia Felda Layang-Layang telah mengadakan bengkel kreatif membuat tabung sedekah dan juga tabung duit raya untuk pelajar sekolah rendah. Bengkel ini bertujuan untuk mendidik para peserta supaya mengamalkan sikap suka menabung sejak di bangku... read more

Dekorasi Dan Menghias Kek

22 May 2017 | Berita Terkini

                                                                                              Dekorasi Dan Menghias Kek   Pusat Internet 1Malaysia Felda Layang-Layang telah memilih mendekorasi dan menghias kek untuk acara bagi bulan mei. Tarikh 21 Mei 2017 iaitu pada hari ahad telah dipilih untuk mengadakan acara tersebut. Seramai 5 orang peserta telah menyertai pertandingan ini. Selama 2jam pertandingan... read more

Mencipta Front Page FROG VLE ( Sekolah Kebangsaan )

29 April 2017 | Berita Terkini

Mencipta Front Page FROG VLE ( SekOLAH Kebangsaan ) Oleh kerana pihak sekolah telah mewajibkan para pelajar untuk menggunakan page FROG VLE bagi tujuan pendidikan, kami pihak Pusat Internet 1 Malaysia telah mengambil inisiatif ini untuk mengadakan pertandingan mereka cipta dan menghias halaman hadapan untuk page FROG VLE bagi setiap pelajar. Kami telah mengutamakan pelajar tahun 6 untuk menyertai pertandingan ini kerana pihak sekolah juga memberi penekanan terhadap pelajar tahun 6 untuk menggunakan page FROG VLE ini. Seramai 10 orang pelajar telah menyertai pertandingan ini. Selama 2jam pertandingan mereka dan menghias laman hadapan... read more

Bengkel Pengenalan Online Banking

13 April 2017 | Berita Terkini

Pada 22 Februari 2017 Pusat Internet 1 Malaysia Felda Layang-Layang telah menjalankan  Bengkel Perniagaan Online dan membuat transaksi perbankan melalui internet.  Bengkel ini telah menarik 6 orang peserta dari kalangan surirumah. Para peserta telah diberikan contoh beberapa halaman Facebook yang dikendalikan oleh penduduk Felda Layang-Layang termasuklah halaman iklan dan jual beli melalui Facebook yang dikendalikan oleh pengurus Pusat Internet 1 Malaysia, 'Kluang On Biz' melalui pautan https://www.facebook.com/groups/KluangOnBiz/ Dari contoh iklan-iklan yang terdapat di dalam halaman ini para peserta telah didedahkan dengan cara mempromosikan dan memasarkan produk mereka. Mereka juga dapat mempelajari perkara yang... read more

Taklimat E-Waste

04 April 2017 | Berita Terkini

Bersempena program e-waste yang telah di adakan di seluruh negeri, pihak kami iaitu Pusat Internet 1 Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menyertai kempen ini. Oleh itu, kami telah mengadakan talimat dan penerangan ringkas mengenai program ini.  ... read more

Event Mac :Pertandingan Badminton Gabungan PI1M dan MBFM Layang-Layang

02 April 2017 |

Pertandingan Badminton Gabungan PI1M dan MBFM Layang-Layang Pusat Internet 1 Malaysia Felda Layang-Layang sudah lama tidak menganjurkan program sukan bersama belia. Sehubungan dengan itu, kami warga Pusat Internet 1 malaysia Felda Layang-Layang telah bekerjasama dengan Majlis Belia Felda Layang-Layang untuk mengadakan pertandingan badminton. Selama 2 malam pertandingan ini di adakan iaitu pada malam 25 dan 26 Mac 2017. Pada malam 25 mac 2017 ( Sabtu ), pertandingan badminton beregu untuk beliawanis di adakan. Sebanyak 10 kumpulan telah menyertai pertandingan ini. Perlawanan bermula pada tepat jam 8 malam dan berakhir pada jam 12.30... read more

Event Mac : Pertandingan Menaip Karangan Jenis Fakta Tahun 5 Dan 6.

01 April 2017 | Berita Terkini

Pertandingan Menaip Karangan Jenis Fakta Tahun 5 Dan 6. Sempena cuti sekolah, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Layang-Layang telah mengadakan pertandingan menaip karangan jenis fakta untuk pelajar sekolah kebangsaan tahun 5 dan 6.  Pusat Internet 1 Malaysia telah memilih tarikh 18 Mac 2017 iaitu pada hari Sabtu untuk mengadakan pertandingan ini. Para peserta diminta untuk menaip dan mereka karangan jenis fakta bertajuk jerebu yang mana karangan tersebut mestilah lebih dari 80 patah perkataan. Pertandingan ini di adakan adalah untuk memupuk minat pelajar dalam membuat karangan dan juga memahirkan lagi teknik dalam mereka... read more

Seni Reka Bangunan Menggunakan Lego Brick Chrome

24 February 2017 | Berita Terkini

kolaboratif Pada 11 Februari 2017 Pusat Internet 1 Malaysia telah mengumpulkan seramai 5 peserta sekolah rendah untuk menguji kemahiran membina melalui bermain dengan blok pembinaan LEGO.  Secara kebetulan mereka sedang mengikuti trend yang sedang bermusim ketika ini iaini mengumpul 'figurine' adiwira dan watak kartun kegemaran mereka. Sebelum memulakan persaingan, mereka telah diberikan kesempatan melawati laman web https://www.buildwithchrome.com/ bagi mempelajari teknik asas mencantumkan blok LEGO.  Diharapkan mereka mendapat beberapa manfaat pendidikan yang boleh diperolehi melalui bermain, diantaranya termasuklah  menyediakan konteks yang bermakna untuk kanak-kanak untuk mempelajari konsep dan kemahiran,memberikan keseronokan dalam pembelajaran, menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka... read more

Permainan berasaskan Pendidikan

14 February 2017 | Berita Terkini

Pada musim cuti persekolahan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang lalu Pusat Internet 1 Malaysia Felda Layang-Layang mengambil inisiatif mengumpulkan beberapa orang kanak-kanak bagi mengikuti kelas pembelajaran sambil bermain. Ianya bagi mengisi masa terluang kanak-kanak yang menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet 1 Malaysia secara lebih bermenafaat. Secara kebiasaannya kanak kanak sebaya ini lebih cenderung untuk melawati laman permainan atas talian, menonton video animasi dan memainkan video klip lagu popular terkini. Kanak-kanak ini diletakkan pada satu kelompok yang sama dengan diberikan arahan langkah demi langkah untuk melayari laman web yang ditetapkan. Melalui... read more

Cabaran Silangkata Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Felda Layang-Layang

21 January 2017 | Berita Terkini

Sempena Sambutan Malidur Rasul Peringkat Felda Layang-Layang tahun ini, Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan cabaran Silangkata bagi memeriahkan sambutan pada tahun ini. Ianya adalah antara pengisian yang telah dirancangkan selain acara utama ceramah dan pertandingan perarakan antara blok dan organisasi sekitar Felda Layang-Layang. Sebelum ini para peserta telah diberikan beberapa pautan laman web dan artikel berkaitan sirah Rasulullah iaini Junjungan besar kita Nabi Muhammad saw untuk dilawati dan diambil maklumatnya.  Pembayang dari cabaran silangkata yang dipertandingkan adalah berdasarkan kepada laman web dan artikel yang diberikan tersebut. Para peserta diberi masa 1 jam untuk... read more