Kisah Kejayaan 2022 – (Q2) (Ehsan Bin Mohd)

28 June 2022 | Berita Terkini

Maklumat Usahawan

Nama  : Ehsan Bin Awang

Umur  : 37 Tahun

Tahun Menjadi Ahli  : 2021

PEDi  : Felda Layang-Layang

No Telefon : 013-8183836

FB / Instagram : MY BILIS 4U (Facebook), misamisah@yahoo.com (email)

Bentuk Perniagaan : Onlline Bisnes (Ikan Bilis)

 

          Ehsan merupakan seorang kakitangan Felda Layang-Layang yang mempunyai bisnes online yang mampu meraih keuntungan yang tinggi. Beliau berumur 32 tahun dimana mempunyai 3 orang anak. Beliau membuka bisnes online dengan menjual produk ikan bilis kopek gred A yang diimport dari Tawau, Sabah. Idea untuk membuka bisnes online diilhamkan oleh isteri beliau yang mana mendapat permintaan tinggi dalam kalangan guru dan penduduk setempat.

          Walaupun beliau mempunyai pekerjaan tetap tetapi beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang bisnes online. Bisnes beliau mendapat permintaan tinggi ketika covid melanda negara memandangkan masyarakat setempat kurang keluar membeli kerana risaukan jangkitan covid. Beliau memasarkan produk beliau di media sosial seperti Facebook dan Whatsapp Group. Beliau juga menyediakan perkhidmatan Cash On Delivery (COD) untuk kawasan berdekatan dan Perkhidmatan Pos Laju untuk yang jauh.

          Memandangkan beliau ingin mengembangkan dan memperbaiki sistem jualan beliau, beliau mendapatkan bimbingan daripada PEDi cara-cara yang senang dan mudah untuk memasarkan bisnes beliau. Walaupaun beliau sudah mempunyai platform media sosial tetapi beliau ingin memudahkan para pelanggan membeli dengan mudah. Beliau juga selalu bertanyakan bagaimana gambar produk yang sesuai untuk dimuatnaik di media sosial. Selain itu, beliau juga belajar cara-cara untuk mengedit gambar produk menggunakan Canva.

         Setelah beberapa minggu mendapatkan khidmat daripada PEDi, beliau sudah mahir menggunakan platform media sosial yang terkini yang mana memudahkan beliau ketika urusan niaga. Beliau juga sudah mahir menggunakan platform CANVA yang mana sangat membantu beliau untuk mengedit sebagai contoh untuk meletakkan harga, tarikh akhir dan gambar yang menarik minat para pelanggan untuk membeli produk beliau. Selama beliau mendapat khidmat daripada PEDi, beliau banyak mempelajari cara menggunakan CANVA dan cara mengedit gambar produk. PEDi Felda Layang-Layang membantu beliau dengan memasukkan beliau ke dalam Group Whatsapp Perniagaan Felda Layang-Layang yang dibuat oleh pihak PEDi untuk usahawan setempat mempromosikan produk di samping memperkenalkan produk beliau.

 

GAMBAR – GAMBAR PERNIAGAAN DAN PRODUK

Facebook

          

 

COD

     

POSLAJU