Success Story : Celik IT - Nur Damie Adriana Bin Khalid

28 June 2022 | Berita Terkini

Nama                           : Nur Damiea Adriana Binti Khalid

Umur                           : 15 Tahun

Jantina                         : Perempuan

Pekerjaan                     : Pelajar

 

            Nur Damiea Adriana merupakan celik IT yang dipilih oleh PEDi untuk tahun 2022. Beliau merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Simpang Renggam yang berumur 15 Tahun. Beliau seorang cucu peneroka Felda Layang-Layang yang selalu datang ke PEDi untuk menyiapkan kerja sekolah.Beliau seorang yang sangat aktif menghadiri program yang diadakan di PEDi. Beliau selalu datang ke PEDi untuk menggunakan PC dan melayari internet untuk menyiapkan kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru. Beliau banyak menghabiskan masa di PEDi untuk menyiapkan kerja sekolah pada hari minggu. Beliau sering bertanya kepada petugas PEDi apabila ada sesuatu yang tidak difahami beliau. Setelah selesai menyiapka kerja sekolah, beliau akan melayari internet seperti YOUTUBE dan sebagainya.

         Di samping itu, beliau juga aktif menyertai aktiviti atau program yang diadakan di PEDi. Beliau tidak ketinggalan dalam menyertai aktiviti yang diadakan. Beliau juga sering mendapat tempat pertama sehingga ketiga dalam aktiviti yang disediakan. Selain itu, beliau juga ada mempelajari cara-cara menggunakan Microsof Word bagi menyelesaikan kerja sekolah yang kebanyakan sekarang digunakan bagi menyiapkan kerja sekolah. Setelah beberapa kali mempelajari, beliau telah mahir menggunakan asas Microsos Word. Oleh itu, pihak Pusat Internet Felda Layang-Layang berharap beliau akan lebih maju dalam ilmu komputer untuk kegunaan masa depan dan berharap perkhidmatan Pusat Internet dapat membantu beliau.