Tik Tok : Cabaran Pembaca Berita

29 June 2022 | Berita Terkini

Tajuk Program : Cabaran Pembaca Berita

Peserta            : Semua Peringkat Umur

Tarikh               : 22 Jun 2022 / Rabu

Tempat            : PEDi Felda Layang-Layang

 

Platform Tik Tok pada masa kini tidak asing lagi dalam kalangan pengguna media sosial. Melalui Tik Tok ramai yang menunjukkan bakat tersembunyi sama ada dalam bidang tarian, nyanyian, pengacaraan dan begitu juga membaca berita.

Dikesempatan itu, pada bulan ini Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Layang-Layang telah mengadakan program menggunakan platform Tik Tok iaitu “Cabaran Pembaca Berita”.

Tujuan program ini di adakan adalah untuk mencungkil bakat tersembunyi para peserta dalam penyampaian berita mengikut kreativiti penyampaian masing-masing.

Pertandingan di adakan pada 22 Jun 2022 bersamaan hari Khamis bermula dari jam 10:00 pagi dan tamat pada jam 10:00 malam. Peserta diberi masa dan kelonggaran untuk merekod video di rumah masing-masing dan menghantar video rakaman sebelum jam 10.00 malam.

Iklan dan hebahan poster serta syarat penyertaan pertandingan di buat melalui Facebook PEDi Felda Layang-Layang. Seramai 8 orang peserta telah menyertai pertandingan ini. Masing-masing sangat berbakat dalam menyampaikan berita mengikut skrip yang dipaparkan. Tidak mudah untuk menjadi penyampai berita kerana para peserta perlu membaca dengan teliti tidak boleh terlalu pantas atau terlalu lambat kerana skrip yang dipaparkan akan bergerak dan mempunyai masa yang ditetapkan.

Senarai pemenang di umumkan melalui komen di Facebook PEDi Felda Layang-Layang dan para peserta boleh mengambil hadiah melalui petugas. Diharap selepas ini lebih ramai lagi akan menyertai program yang di anjurkan oleh PEDi Felda