Perusahaan Kraftangan : Siti Mastura Bt Bedu

28 September 2016 | Berita Terkini

PENGUSAHA MUDA KRAFTANGAN

SITI MASTURA BT BEDU

 

                Pasti ramai yang tidak percaya, anak gadis peneroka Felda Layang-Layang ini mempunyai bakat semulajadi untuk menghasilkan kraftangan yang unik dan cantik. Baru berusia 24 tahun, tetapi Siti Mastura telah menghasilkan pelbagai jenis kraftangan dengan hanya belajar melalui carian internet sahaja.

            Bermula dengan sekadar minat dan hobi, gadis ini ahkirnya menjadikan hobi beliau sebagai satu pekerjaan tetap dan platform untuk memulakan perniagaan. Pada mulanya beliau hanya membuat gelang, rantai, dan kerongsang menggunakan manik. Lama kelamaan, hasil daripada carian internet beliau beralih pula ke satu tahap iaitu menggubah gubahan bunga telur dengan menggunakan manik. Penduduk setempat juga ada mengambil khidmad gadis ini untuk menggubah bunga telur untuk majlis-majlis keraian seperti perkahwinan, pertunangan, khatam Qur’an dan lain-lain lagi.

            Selain itu juga, beliau ada membuat kraftangan menggunakan kain vale seperti bantal hiasan, sarung tisu, headband baby,cushion cupcake dan juga pin untuk tudung dan baju. Kebanyakan tempahan yang beliau perolehi adalah dari penduduk setempat dan juga dari sahabat terdekat. Walaupun jarang ke Pusat Internet 1 Malaysia, beliau sering bertanya staf-staf PI1M melalui aplikasi whatsapp dan bertanya bagaimana cara untuk mempromosikan hasil kraftangan beliau dengan lebih meluas. Beliau telah di ajar bagaimana cara untuk menghasilkan blog, mengedit gambar dan juga memuatnaik gambar di laman sosial seperti facebook dan wechat. Beliau juga mengatakan bahawa dengan adanya penggunaan wifi Pusat Internet lebih memudahkan kerja-kerja beliau dan juga banyak membantu beliau sejak menceburi perusahaan kraftangan ini.

             Siti Mastura juga ada menjual dan menyediakan barangan yang sudah dipotong ( Precut ) dan kebiasaannya barangan jenis precut ini dibeli oleh pemborong luar yang mana mereka juga menghasilkan barangan hisan dan juga kraftangan. Precut ini juga merupakan barangan yang paling laris dijual kerana memudahkan pengusaha kraftangan untuk menghasilkan kraftangan mereka yang mana mereka hanya menjahit dan menampal sahaja precut yang sedia ada. Pelanggan beliau juga bukan sahaja dari Semenanjung Malaysia, malahan sehingga Sabah Sarawak.

            Apabila ditanya mengenai pekerjaan, beliau ada mengatakan bahawa sebelum ini pernah menjadi operator pengeluaran di salah sebuah kilang di Senai Johor dan akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti dan menjalankan perusahaan kraftangan ini sebagai kerja tetap dan menjadikan ia sebagai perniagaan. Berkat kesabaran dan minat yang mendalam terhadap seni kraftangan, beliau kini sudah masuk tahun ketiga mengusahakan perniagaan ini yang mana ianya semakin dikenali dan berjaya.


           

Cik Siti Mastura belajar cara untuk mengedit gambar dan membuat akaun facebook

 

     Kerongsang yang dihasilkan                                                   Antara Gambar Tempahan Bantal


 

                Koleksi Gambar Bunga Telur Manik                                Koleksi Gambar Cushion Cupcake

 

                            

 

 Antara Koleksi Gambar Kerongsang