Pegusaha Dan Pemborong Cendawan Tiram Dan Cendawan Kukur : Mohd Fadeli Bin Sharif

29 September 2016 | Berita Terkini

USAHAWAN MUDA CENDAWAN KUKUR

MUHAMMAD FADELI BIN SHARIP

 

                Graduan muda lepasan dari Universiti Teknikal Malaysia (UTem) ini telah membuka mata masyarakat dan penduduk setempat bahawa anak muda juga boleh berjaya. Baru berusia 23 tahun tetapi Mohd Fadeli mempunyai minat terhadap bidang perniagaan dan memilih penanaman cendawan sebagai platform perniagaan pertama beliau.

                Mengikuti kursus penanaman cendawan di Pertubuhan Peladang Kawasan ( PPK ) Merbuk Kedah, beliau mengambil langkah seterusnya dengan membuat penanaman sendiri di kawasan belakang kediaman bapa beliau iaitu di Felda Layang-Layang. Bermula dengan penanaman cendawan tiram, kini beliau menambah produk iaitu penanaman cendawan kukur. Menyentuh mengenai penggunaan internet, beliau menyatakan bahawa bermula dengan peringkat mencari maklumat berkaitan tanaman cendawan, kaedah penanaman dan penjagaan dan kebolehpasaran produk. Selain itu, hasil pencarian dari internet ini juga beliau dapat membina networking dengan senior-senior yang dah lama terlibat dengan produk cendawan. Senior-senior berasal dari pelbahgai pelusuk negeri. Peranan internet sangat membantu dalam hal ni. Maklumat tentang kursus yang dianjurkan oleh pelbagai pihak juga dapat diperoleh dengan pantas. Paling penting peranan internet adalah untuk marketing.  Produk cendawan kukur dipasarkan 95% secara online. Hasil marketing secara online sanagt luar biasa. Tak menang tangan sampai perlu cari wakil ejen bagi setiap daerah di johor. 

                Anak muda ini mempunyai semangat yang tinggi dalam setiap apa yang beliau usahakan. Hasilnya beliau dapat mengusahakan penanaman cendawan ini serta menjadi pemborong cendawan di kawasan setempat dan kawasan luar juga. Beliau menyediakan juga cendawan kukur yang kering dan kebiasaannya cendawan kukur kering ini mendapat permintaan tinggi dari pelanggan luar kawasan Johor seperti Kedah, Kuala Lumpur, Melaka dan banyak lagi.

                Menyentuh mengenai PI1M pula, beliau berpendapat bahawa kewujudan PI1M satu usaha positif pada masyarakat setempat. Dulu ramai anggap internet ni eksklusif  untuk mereka yang mampu saja. Tapi bila ada PI1M semua peringkat masyarakat setempat berpeluang menggunakan kemudahan yang disediakan.


 

Iklan Dan Promosi

Cendawan Kukur Cendawan Tiram


Cendawan Kukur Yang Telah Dikeringkan Penyimpanan Cendawan