Perusahaan Menjual Tempe Dan Kacang Sira Ikan Bilis : Nora Salliza

17 October 2016 | Kisah Kejayaan

Perusahaan Menjual Tempe Dan Kacang Sira Ikan Bilis

Nora Salliza

 

Nama Usahawan : Nora Salliza Binti Ahmad                                                                         

Alamat                   : 103 Jalan Enggang Felda Layang-Layang

Jenis Perniagaan  : Perusahaan Menjual Tempe Dan Kacang Sira Ikan Bilis Untuk Sebarang Majlis

Umur                     : 32 Tahun

PI1M                      : Felda Layang-Layang

 

                Oleh kerana menggemari kacang sira sambal sejak dari kecil, maka tercetus idea untuk membuat perniagaan menjual tempe dan kacang sira sambal bersama ikan bilis. Pada mulanya, Pn.Nora Salliza hanya membuat kacang sira sambal bersama ikan bilis sahaja, tetapi terdapat penambahan produk kedua iaitu tempe sira sambal bersama ikan bilis apabila ada pelanggan yang bersuara mengatakan bahawa kemungkinan besar bahawa jika tempe juga sedap disira sambal bersama ikan bilis.

                Hanya berbekalkan minat terhadap kacang sira sambal bersama ikan bilis dan tidak pernah menghadiri mana-mana kursus, Pn.Nora tidak menjadikan ia sebagai penghalang untuk terus maju dalam perniagaan ini. Beliau mula menjual dan mempromosikan produk ini pada tahun 2009 hanya di tempat kerja suami beliau. Percubaan pertama beliau amat menggalakkan apabila mendapat maklumbalas yang positif dari rakan-rakan sekerja suami beliau. Oleh kerana itu juga, beliau terus bersemangat untuk memasarkan produk ini ke tempat lain.

                Mendapat sedikit masalah untuk mempromosikan produk di kalangan penduduk Felda sendiri, beliau mengambil langkah seterusnya dengan mempromosikan produk di laman sosial seperti facebook, wechat dan whatsapp. Maklumbalas yang beliau terima amat menggalakkan apabila beliau mendapat banyak tempahan hanya dari atas talian. Beliau juga pernah berhenti rehat seketika sewaktu sedang mengandung kerana mengalami sedikit masalah kesihatan ( morning sickness yang teruk ). Selepas selamat melahirkan,beliau menyambung kembali perusahaan kerana ramai pelanggan yang menunggu dan mencari tempe dan kacang sira sambal bersama ikan bilis yang beliau hasilkan. Kini, produk beliau iaitu tempe dan kacang sira sambal bersama bilis menjadi bualan dan penggemar bukan sahaja dari penduduk setempat malahan dari pelbagai negeri di seluruh Malaysia.

                Menyentuh berkenaan penubuhan  Pusat Internet 1Malaysia, beliau amat bersetuju jika semua Felda dapat menyediakan perkhidmatan Pusat Internet 1Malaysia kerana Pi1m banyak membantu dalam menyediakan wifi percuma untuk kemudahan penduduk setempat yang mana majoriti masyarakat amat memerlukan internet dalam kehidupan seharian mereka dan banyak membantu terutama dalam sektor mempromosikan perniagaan.

Pn. Nora Bersama suami dan anak-anak tercinta   Produk yang beliau hasilkan Kacang sira sambal bersama ikan bilis

     Tempe sira sambal bersama ikan bilis Gambar untuk dipromosikan di media sosial Kacang dan tempe sira yang dibungkus untuk dijual.