Pertandingan Mewarna Menggunakan Microsoft Paint

01 November 2016 | Berita Terkini

Sempena menyambut Hari Malaysia, PI1M Felda Layang-Layang TELAH mengadakan pertandingan mewarna menggunakan Microsoft Paint. Cabaran ini telah menarik seramai 8 orang peserta untuk menyertai pertandingan ini.

Objektif pertandingan ini adalah memupuk semangat cintakan tanahair dan menghargai nilai bangsa Malaysia melalui penghayatan Jalur Gemilang yang menjadi simbol perpaduan antara kaum di Malaysia. Sambutan Hari Malaysia juga adalah sinambungan dari acara Hari Kemerdekaan yang di sambut pada 31 Ogos 2016 tiap-tiap tahun di Malaysia. Kesemua peserta yang mengambil bahagian menunjukkan minat dan kesungguhan yang mendalam dalam taklimat ringkas kami yang menerangkan makna di sebalik warna-warna dan elemen jalur serta bulan bintang yang terdapat pada Jalur Gemilang.

Kami mengambil pendekatan ini untuk mendedahkan tentang fungsi Microsoft Paint yang mana jarang digunakan. Oleh itu, selain dari kaedah mewarna yang berlainan dari biasa, kami juga membantu peserta bagaimana untuk memuatnaik gambar untuk dihias pada lukisan yang mereka warnaka  agar menjadi lebih menarik.

Di akhir sesi tiga penyertaan paling kreatif dan menarik telah kami berikan hadiah sebagai penghargaan dan galakan kepada kanak-kanak ini.

Semoga program ini dapat menyuburkan lagi semangat cintakan tanahair dan budaya bangsa Malaysia.