Nur Anisah Bt Ahmad - Seni Lukisan Corak Inai

28 December 2016 | Kisah Kejayaan

Nur Anisah Bt Ahmad merupakan anak gadis kelahiran peneroka dan penerokawati Felda Layang-Layang. yang baru menjangkau usia 24 tahun tetapi beliau mempunyai minat dan kemahiran yang jitu dalam bidang seni lukisan corak inai.

Bermula dari melukis secara suka-suka, beliau sering menawarkan diri membuat corak inai kepada saudara mara dan kenalan rapat. Ketelitian dan hasil lukisan yang menarik telah mejadi buah mulut yang kemudiannya sering diberi kepercayaan membuat corak lukisan inai pada majlis-majlis persandingan kawan dan saudara-maranya.

Hasil galakan rakan-rakannya akhirnya beliau telah menyedari bahawa kemahirannya mampu memberikan pendapatan sampingan yang agak lumayan. Apatah lagi apabila para pengantin yang mendapat khidmat darinya bukan sahaja berpuas hati malah sering mengenalkannya kepada kenalan mereka yang akan melangsungkan majlis perkahwinan khasnya.

Kini Nur Anisah bukan sahaja dicari ketika majlis persandingan berlangsung, malah sering diundang membuat penampilan di kiosk pameran yang diadakan sekitar Simpang Renggam. Remaja wanita yang inginkan lukisan corak pada lengan dan bahagian atas tangan tidak ragu-ragu mendapatkan khidmat Nur Anisah. 

Nur Anisah menyimpan hasrat untuk membuka kiosk niaga di pusat membeli belah di Kluang. Kini beliau sedang giat mengumpul modal bagi merealisasikan hasratnya. Buat masa ini beliau sedang berjinak-jinak dengan Pusat Internet 1 Malaysia Felda Layang-Layang. Melalui bimbingan dari Penolong Pengurus beliau gigih mengumpul motif lukisan dengan menggunakan internet jalur lebar yang disediakan.  Beliau juga telah menyiapkan satu halaman Facebook untuk mempromosikan perkhidmatannya. Langkah seterusnya ialah membina rangkaian dengan pusat andaman dan spa kecantikan sekitar Simpang Renggam bagi meluaskan lagi pasaran perniagaannya.   

Bagi sesiapa yang ingin mengenali dan mendapatkan khidmat dari Cik Nur Anisah sila lawati halaman media sosialnya;

https://www.facebook.com/cekniesacyunk     atau

WhatApps telefon bimbitnya     012-7324105